Home Petua Tips Bila Dr Say kata Bukan Dia Yg P0tong Line Ambil Vaksin Awal....

Bila Dr Say kata Bukan Dia Yg P0tong Line Ambil Vaksin Awal. Sekali Ini Pula Respon Dr. Noor Hisham

176
0

He.boh di media sosial mengenai laporan yang mendkwa Hspital Serdang mengutamakan ‘influencer’ sebagai antara penerima awal sunti.kan va.ksin COVlD-I9.

Perkara itu menyebabkan pengurusan kanan hspital dipersoal kerana dikatakan dilihat tidak membantu menaikkan semangat kakitangan barisan hadapan hspital tersebut.

Justeru timbul tanda tanya dalam kalangan ntizen sehingga nama doktor selebriti, Dr Say Shazril yang juga Instafamous dikaitkan sebagai antara tiga ‘influencer’ berkenaan.

” Doc ke influencer potong line tu?” antara persoalan yang dibangkitkan ntizen memandangkan Dr Say merupakan influencer di media sosial dan mengikut rekod, Dr Say pernah berkhidmat sebagai doktor pelatih (houseman) di Hspital Serdang, beberapa tahun lalu.

Dr Say atau nama sebenarnya Dr Muhammad Shazril Shahruddin tampil menjelaskan bahawa beliau berhasrat untuk menggalakkan lebih ramai menyertai Program Imunisasi COVlD-I9 Kebangsaan yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Rabu lalu.

” Terus-terang saya cerita, kalau boleh, memang saya nak sangat dapatkan va.ksin COVlD-I9 ni seawal mungkin dengan niat agar saya dapat galakkan lebih ramai sertai Program Imunisasi COVlD-I9 Kebangsaan.

” Tapi saya sedar kedudukan saya. Walaupun saya seorang doktor, saya tiada direct contact (urusan secara langsung) dengan pesakit COVlD-I9.

” Kat klinik yang saya biasa locum (doktor pengganti), saya berurusan kebanyakan kes sakit kepala, sakit senggugut, demam biasa dan demam nak MC (cuti sakit), terjumpa pesakit COVlD-I9 jarang sekali,” tulis doktor berusia 32 tahun itu di laman Instagram beliau.

Dr Say yang merupakan pengacara program Tanya Doktor dan My Doctors berpendapat adalah tidak adil kepada kumpulan frontliners yang mengendalikan kes-kes COVlD-I9 jika dirinya menjadi salah seorang daripada individu terawal menerima va.ksin tersebut.

” Jadi saya sedar kalau saya nak minta va.ksin awal pun tidak adil kepada mereka yang betul-betul berdepan dengan COVlD-I9 setiap hari.

” Kalau ikutkan saya dan isteri termasuk dalam kumpulan Fasa 1 tapi memandangkan isteri hamil maka dia tak dibenarkan ambil va.ksin,” kata beliau yang merujuk fasa pertama yang melibatkan kumpulan petugas barisan hadapan.

Jelas Dr Say lagi, beliau akan menunggu gilirannya untuk menerima sunti.kan va.ksin COVlD-I9 apabila tiba masanya nanti.

 

” Apa yang saya boleh lakukan sekarang adalah hanya menunggu giliran saya. Bila tiba harinya, dengan bangganya akan saya post di Instagram ni sebab tak sabar gila nak dapatkan va.ksin ni.

” Menjawab soalan hangpa, saya bukan influencer nak potong line tu.

” DG (Ketua Pengarah Kesihatan) dah beritahu so called influencers tu adalah ketua jabatan Hspital Serdang mereka sendiri untuk menggalakkan staf frontliners mereka mengambil va.ksin COVlD-I9.

” Cukup-cukuplah sebar berita palsu ni, hangpa tak penat ke?” katanya.

Reaksi Dr. Noor Hisham

Menerusi satu kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah membuat penafian dengan menyifatkan laporan berita itu sebagai pa.lsu dan tidak benar.

Beliau berkata, semakan awal dengan Hspital Serdang mendapati bahawa sebagai menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak buah di hspital, pihak hspital tersebut bercadang untuk memberi va.ksin COVlD-I9 kepada beberapa orang ketua jabatan klinikal selain frontliners yang lain.

” Ketua jabatan klinikal merupakan pakar perunding klinikal bidang masing-masing dan sememangnya terdedah kepada risi.ko COVlD-I9 dan kerap mempunyai kontak dengan pesak1t mahupun waris semasa menjalankan tugasan.

” KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) ingin menegaskan bahawa pemberian va.ksin akan diberi mengikut keutamaan seperti yang telah dinyatakan sebelum ini.

” Isu ‘memotong barisan’ (cutting queue) bagi mendapatkan va.ksin adalah tidak dibenarkan dan ia akan disiasat untuk tindakan,” tegas Dr Noor Hisham.

Sumber:mstar

Previous article“Dugaan Apakah Ini”.Calon SPM Ini Terkejut Balik Rumah Satu Keluarga Kena Kuarantin.
Next articleNajib Ucap Takziah kpd keluarga Ng Man Tat, sekali ada yg pertikai dia knl ke tak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here