Menerusi page Kelab Ibu Hamil & Bersalin Malaysia, seorang wanita yang dikenali sebagai Shahirah Ruslan berkongsi kisah sedih apabila cahaya mata keduanya iaitu Nur Aufa Eryna telah meningg4l dunia selepas beberapa hari dilahirkan ke dunia ini.
Tambahnya, anak syurga tersebut dilahirkan ketika usia kandungan tepat 24 minggu.
Tepat 24 minggu
4 Februari mummy dah rasa perut tak sedap, nak bangun tapi tak berani. Bila papa sampai rumah dan mummy berdiri terus air ketuban pecah.
Banyak sangat air keluar sampai boleh kata banjir juga la ruang tamu.
Papa telefon ambulans cakap isteri leaking. Mummy gerak ke hospital naik ambulans dengan sakit contraction 2/10. Sampai sahaja hospital terus masuk dewan bersalin. Jalan dah buka 4cm tapi mummy dah tak rasa sakit.
Mummy duduk dalam dewan bersalin dari pukul 2 sampai 6 petang. Mummy tetap tak ada rasa contraction dan tanda-tanda nak bersalin.
Pukul 6 doktor pindah dari dewan bersalin ke wad biasa untuk pemerhatian. Bermulalah mummy kena cucuk antibiotik dengan dexa. Dexa mummy sempat dapat dua dose sahaja untuk adik.
6 Februari, pagi tu mummy rasa sakit bawah perut. Rasa macam ada gerak-gerak dekat laluan mummy tu.
Mummy panggil doktor, doktor kata dah 5cm dekat 6cm. Dah rasa kaki bayi dekat laluan tu. Allahukbar nasib mummy tak bangun pergi kencing. Kalau tak mesti adik jatuh dah.
Pukul 8 pagi mummy ditolak masuk ke dewan bersalin dan naik terus atas katil sebab memang tak boleh nak bangun apa. Mummy sakit dan kaki baby pun dah keluar dari laluan. Mummy teran banyak kali sampai adik keluar.
Menurut Shahirah, dia sedar semasa anak perempuannya itu dilahirkan, bayi tersebut tidak menangis dan hanya bergerak.
Tambahnya, anaknya juga turut membuka mata. Berkongsi mengenai berat bayinya, Shahirah memberitahu berat anaknya itu hanya 580 gram sahaja dan dia melahirkan bayi tersebut tepat 24 minggu.
Awak tengah buka mata
Pukul 8.15 adik dilahirkan. Doktor tarik uri tapi tali pusat terputus dan tertinggal dekat dalam. Doktor korek untuk keluarkan uri dan masa ini mummy sangat sakit.
Lepastu doktor cakap puan kami bagi ubat tidur dulu sebab kami nak keluarkan uri yang tersangkut dekat dalam.
Yang mummy ingat doktor suruh tanda tangan surat sebelum mummy tak ingat apa dah. Sedar-sedar, mummy sudah di atas katik wad biasa dengan jarum kiri kanan.
Pada pukul 9 malam, papa datang dekat mummy. Kebetulan doktor nicu telefon dan beritahu papa dan mummy boleh tengok adik.
Papa terus pergi ambil kerusi roda dan bawa mummy naik atas. Allahuakhbar kecilnya kamu sayang. Mummy sampai dekat awak, awak tengah buka mata. Good girl anak mummy papa sorang ni.
Semasa berada di nicu, Shahirah memberitahu bahawa suaminya sempat iqamat kan anak mereka dan doktor masih belum memberitahu lagi mengenai anak syurganya itu. Keesokan harinya, dia diberitahu bahawa sudah boleh pulang ke rumah. Namun, sebagai seorang ibu dia berasa risau untuk meninggalkan anak syurganya itu.
Lebih-lebih lagi, anak kecil itu sedang bertarung nyawa di nicu.
Ujarnya lagi, sebelum pulang ke rumah, doktor telah meminta untuk berjumpa dengan mereka berdua. Pada waktu itu, doktor telah memaklumkan bahawa buah pinggang anak mereka telah rosak. Manakala, keadaan jantung dan paru-paru masih lagi baik. Jelas doktor lagi, mereka tidak tahu berapa lama bayi tersebut mampu bertahan.
Adik dah tenat
Selepas berjumpa dengan doktor, mummy dan papa pulang ke rumah. Pada waktu 10.30 malam pula, doktor memberitahu bahawa adik sudah tenat. Papa dan mummy terus ke hospital. Doktor cakap jantung adik terhenti masa Maghrib tadi. Doktor dah buat cpr dan adik kembali macam biasa. Malam itu mummy duduk di hospital.
Doktor cakap walau apa jua yang jadi mummy dan papa kena terima dengan redha. Masa ni mummy dah tak keruan. Tapi mummy tengok adik macam tengah sakit dan adik bernafas ada keluar darah-darah dekat wayar pernafasan masa tu. Tak sanggup mummy tengok adik sakit.
Mummy cakap dekat doktor andai kata terjadi sekali lagi jantung adik terhenti, doktor janganlah buat cpr. Sebab memamng mummy tak sanggup tengok tubuh anak mummy sebesar botol air mineral itu ditekan-tekan di dada untuk buat cpr. Cukuplah sekali itu sahaja.
Pada 8 Februari, Shahirah memberitahu bahawa anaknya sudah berada dalam keadaan yang sangat teruk dan tenat. Doktor telah memberikan oksigen ventilator kepada anaknya. Namun, keadaan pendarahan dalam otak anaknya sudah berada di tahap yang ketiga.
Pukul 3 petang macam itu, mummy perasan jururawat masukkan buku pink, pamper dalam plastik. Mummy rasa tak sedap hati.
Berat jari kaki mummy nak melangkah masuk ke dalam. Masa jururawat suruh mummy duduk, mummy nampak mereka dah balut adik dengan kain putih.
Allahuakhbar, mummy lambat sampai dekat adik. Adik hembuskan nafas sebelum mummy sempat sempat jumpa adik. Maafkan mummy. Terima kasih sayang kuat untuk mummy sampai adik hembuskan nafas terakhir.
Di akhir posting, Shahirah memberitahu bahawa jenazah anaknya itu dibawa pulang ke rumah dan segala urusan untuk pengurusan jenazah telah dipermudahkan oleh Allah.
kredit ohbulan
Sumber : Shahirah Ruslan via Kelab Ibu Hamil & Bersalin