Home Petua Tips Cerita Sebenar Lelaki Bw Dua Ank Brjalan Kaki 1OOkm Cari Kerja Slepas...

Cerita Sebenar Lelaki Bw Dua Ank Brjalan Kaki 1OOkm Cari Kerja Slepas lsteri L4ri Ikut Jntan Lain

188
0

” Saya memandu perlahan-lahan untuk melihat lelaki itu dan anaknya dengan perasaan ragu-ragu dan meneruskan perjalanan” ciapan seorang pengguna fb yang

perasan dan kesian melihat pemuda ini dengan anak2 berjalan kaki ditepi jalan. Rupanya pemuda ini mengalami masalah rumahtangga dan sebak mendengar ceritanya.

Kerana mahu menyara kehidupan keluarga, seorang lelaki terpaksa membawa dua orang anaknya bagi mencari pekerjaan di sebuah tapak pembinaan yang terletak di Nakhon Ratchasima, Thailand.

Menerusi laporan Siam News, difahamkan anak beranak itu bertindak sedemikian selepas si ibu nekad meninggalkan mereka dipercayai dengan ‘melarikan diri’ bersama lelaki lain.

Apa yang lebih menyedihkan, mereka sekeluarga berjalan kaki di tengah panas kira-kira sejauh 100 kilometer untuk sampai ke lokasi tersebut sebelum terserempak dengan seorang pemandu yang baik hati.

Menerusi laman Facebook, Pak Ratthaphim memuat naik posting berkongsi kisah mengenai lelaki berkenaan ketika dia dalam perjalanan ke tempat kerja pada minggu lalu.

” Pada 9 Mac sekitar jam 8.10 pagi, saya memandu ke tempat kerja seperti biasa. Semasa memandu ke Kobol House, suatu kawasan yang terletak di persimpangan Ban Kham Kling.

” Ketika itu saya melihat seorang lelaki membawa dua beg dan memegang tangan kanak-kanak kecil, dipercayai anaknya di tepi jalan di Ban Kham,” katanya.

Tidak sampai hati melihat situasi tersebut, Ratthaphim berpatah semula sebelum memberhentikan keretanya di tepi jalan untuk bertanya lebih lanjut kepada lelaki berkenaan.

” Namun saya terdetik untuk menoleh ke belakang dan timbul perasaan tidak sampai hati melihat keadaan itu.

Pak Ratthaphim kemudian berpatah balik dan memberhentikan keretanya dan bertanya kepada lelaki terbabit, “Di mana kamu mahu pergi?”

Dia menjawab, “Bawa anak saya ke Korat untuk cari pekerjaan (pembinaan).”

Ratthaphim kemudian bertanya lagi kepada lelaki terbabit, “Ibu anak-anak ini pergi mana?”

” Ibu diorang dan melarikan diri, dah ada lelaki yang baru.” jawab lelaki itu tanpa berselindung.

 

Malah lebih mengharukan apabila lelaki terbabit memberitahu dia cuma mempunyai wang kira-kira 100baht sahaja.

” Adakah anda mempunyai wang untuk kereta ke Korat?” Dia menjawab.” Ada 100 baht.”

” Duit itu cukup untuk kamu bayar tambang ke Korat. Semoga kamu akan bangkit, sayangi anak-anak dan jangan tinggalkan mereka,” balas Ratthaphim sambil lelaki itu menangguk.

Selepas mengetahui cerita sebenar, Ratthaphim kemudian menumpangkan mereka ke Korat dan memberi sedikit wang selain sempat memberi pesanan kepada lelaki itu agar menjaga anak-anak dengan sebaiknya.

Dari dalam kereta, dia melihat lelaki berkenaan terus membawa kedua-dua anaknya masuk ke dalam restoran yang pasti kelaparan setelah berjalan jauh mengikut si bapa.

” Selagi kita boleh bantu, mari bantu antara satu sama lain. Semoga lelaki itu kuat dan berjaya membesarkan anak-anaknya,” ujar Ratthaphim.

Sumber:printlyrics.net

Previous article“Suapan pertama tu aku rasa lain sangat” Anak lelaki imbas detik pilu jamah nasi lemak terakhir air tangan ibu, siap kongsi adik-beradik
Next articleKata2 Padu Siti Sarah Slps Ada Seorang Penyanyi TU Perlekehkan Nyanyian Nabila Razali Malam Tadi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here