Home Petua Tips Warga Emas Ini Nak Rebus Ubi Kayu Je Tapi Hjat Tak Sampai....

Warga Emas Ini Nak Rebus Ubi Kayu Je Tapi Hjat Tak Sampai. Sekali Trus Menangis dan Sujud Syukur.Rupanya Ini Yg Berlaku

155
0

Bila kita rasa kita susah kadang kadang kita ta fikir diluar sana ramai lagi yang susah dari kita.

Walau dalam dunia serba moden ini jangan kita rasa semua benda kita boleh dapat,ada orang yang masih hidup dengan serba kekurangan kerana sebab sebab

yang kita tak jangka.

Mujurlah ada golongan golongan tertentu yang berusaha membantu golongan susah seperti wakil dari bahagian zakat seperti di negeri Selangor ini.

Sujud Syukur

Tangisan hiba dan sujud syukur seorang asnaf

Klang  Tangisan hiba dan sujud syukur seorang asnaf membuatkan siasatan pada hari ini sangat sayu dan menyentuh hati kami.

Hari ni zakat Selangor menziarahi seorang asnaf yang merupakan seorang warga emas dan tinggal sebatang kara.

Kunjungan yang dibuat tanpa pemakluman ini membuatkan makcik asmah ini terkejut dan serba salah untuk menerima kunjungan kami pada awalnya.

Perbualan panjang di antara kami akhirnya merungkai masalah yang sedang di hadapi oleh makcik asmah iaitu beliau memaklumkan bahawa hari ini beliau belum makan kerana kehabisan beras.

Tanpa segan silu beliau mengambil bekas berasnya dan menunjukkan kepada kami.

Beliau juga menunjukkan beberapa ketul ubi kayu yg baru di belinya sebelum kehadiran kami.

Kehadiran kami ini telah menyebabkan hasrat untuk merebus ubi tersebut tergendala dan hal ini jugalah yang mungkin membuatkan makcik asmah serba salah untuk menerima kunjungan mengejut kami tadi.

Faham situasi tersebut, kami tidak bercadang untuk lebih lama di rumah beliau.

Sebelum pulang, kami telah menyerahkan bantuan barangan makanan berupa beras, minyak, gula, tepung, bihun dan kicap kepada makcik Asmah.

Jelas kelihatan air mata beliau mengalir dan segera sujud syukur serta ungkapan terima kasih yang berkali – kali keluar dari mulut beliau.

Selepas ini, setiap bulan bantuan makanan sebegini akan dihantar terus kerumah beliau.

“Terima kasih ustaz, terima kasih zakat, terima kasih orang yang bayar zakat” – Makcik Asmah.

 

Sumber : lembaga zakat selangor

Previous articleTiada Lagi Ayahku. PeIawak Popular Achey Diuji Hebat Baru Shj KehiIangan Insan Tersayang Malam Tadi, AIfatihah
Next articleBaru Jerr NabiIa Dan Engku Emran Sah Bernikah. Ini Kata2 Neelofa Buat NabiIa Dan Abang Ipar Barunya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here