Susulan kes instafamous rentas negeri untuk honeymoon.
Polis dapati pasangan itu beri keterangan palsu berkaitan alasan rentas negeri.
Mereka buat persiapan awal dengan tempah hotel lebih awal pada Disember 2020 untuk menyambut ulangtahun perkahwinan pada 17 Mac 2021
Terdahulu bagaimana pasangan ini berjaya rentas negeri
Polis panggil suami isteri isu rentas negeri untuk ‘honeymoon’
KUALA LUMPUR – Polis telah memanggil sepasang suami isteri untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan berkaitan isu pergerakan rentas negeri yang tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, seorang ahli perniagaan telah datang bersama isterinya ke Balai Polis Wangsa Maju untuk memohon permit pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ke Johor Bahru, Johor atas urusan perniagaannya pada Isnin lalu.
“Lelaki itu telah mengemukakan surat arahan menjalankan tugas oleh syarikat. Berdasarkan dokumen yang dikemukakan olehnya, permohonan rentas negeri tersebut telah diluluskan oleh polis bermula pada Rabu hingga Sabtu,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Ashari berkata, gambar pasangan berusia dalam lingkungan 20-an itu telah tular di media sosial kononnya pergi berbulan madu di suatu kawasan peranginan sehingga dikecam oleh netizen pada Jumaat.
“Netizen mempersoalkan kebenaran rentas negeri yang diberikan pihak Polis kepada pasangan ini untuk tujuan berbulan madu,” katanya.
kan dah kantoi
Beliau berkata, berdasarkan keterangan pasangan tersebut mengesahkan bahawa mereka telah menginap di sebuah resort di Johor sepanjang urusan perniagaan mereka di sana.
“Mereka telah mengemukakan bukti segala urusan perniagaan serta resit tempat penginapan mereka.
“Pasangan ini juga mengesahkan ada memuat naik gambar mereka di akaun Instagram milik isterinya,” katanya
Beliau berkata, pasangan itu menafikan berada di Pulau Perhentian, Terengganu sepertimana yang telah ditularkan.
“Lelaki itu telah menjelaskan ‘posting’ yang dimuatnaik di Instagram oleh isterinya bersifat peribadi tetapi telah ditularkan di Twitter,” katanya.
Ashari menasihatkan orang ramai yang mendapat kelulusan rentas negeri agar sentiasa berhati-hati dan bertanggungjawab serta tidak menyalahgunakan kebenaran rentas negeri yang dikeluarkan oleh pihak polis.
“Sekiranya terdapat individu yang menyalahgunakan kebenaran ini, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka yang berkenaan,” katanya
Sumber : fb jpj,p0lis