Home Petua Tips Belum Pun NeeIofa Umum Apa2. Sekali Ustz Don Muatnaik Status Ini Dan...

Belum Pun NeeIofa Umum Apa2. Sekali Ustz Don Muatnaik Status Ini Dan Pesan Siap-Siap Kat PU Riz

269
0

Setelah kakak Neelofa selesai melangsungkan perkahwinan dengan Engku Emran kini semua orang tertumpu pada Neelofa dan PU Riz pula.

Pasangan ini sekarang menjadi tumpuan kerana mereka berdua begitu pandai merancang perkahwinan mereka dan semua orang tertanya tanya.

Namun begitu berita mengenai perkahwinan NeeIofa dengan PU Riz semakin bertiup kencang biarpun pasangan itu masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut kepada pihak media.

Seperti memberi bayangan NeeIofa bakal menamatkan zaman bujang pada hujung minggu ini, pendakwah bebas, Ustaz Don Daniyal mendoakan selebriti terkenal itu menjadi isteri solehah kepada Haris Ismail.

Ucapan positif tersebut ditulisnya dalam satu entri terbaharunya usai menjalani pengambaran sebuah program terbaharu NtoN bersama NeeIofa dan Nabil hari ini.

Dalam tulisannya, Ustaz Don mendoakan NeeIofa dan Haris disatukan dalam satu majlis yang penuh keberkatan.

” Untuk NeeIofa, saya doakan untuk hari mendatang, agar disatukan dalam keberkatan, dihimpunkan dengan orang baik.

” Diberi pilihan itu pilihan yang baik. Semoga NeeIofa menjadi isteri solehah dan kepada Haris jaga perhiasan dunia yang baik Allah SWT beri ini,” tulisnya.

Menerusi perkongsian tersebut, Ustaz Don turut memuat naik dua keping gambar dia bersama NeeIofa dan Nabil Ahmad.

 

 

Sehingga hari ini, NeeIofa, 32, menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia kerana ramai yang ternanti-nanti pengumuman tentang tarikh pernikahannya.

Hari ini, K0smo! Online melaporkan jari pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot itu berinai merah seperti yang terlihat dalam InstaStorynya.

Sementara itu satu demi satu ‘petunjuk’ mula muncul bagi menguatkan khabar angin mengenai perkahwinan Noor NeeIofa Mohd Noor dengan Pencetus Ummah (PU) Riz yang dikatakan akan berlangsung dalam masa terdekat.

Selepas memuat naik tiga potongan doa meminta orang ramai mendoakan urusannya dipermudahkan, kali ini inai pada jarinya pula menjadi topik sebutan netizen.

Paling menarik perhatian ialah inai pada jari tangan kirinya kelihatan seperti kebiasaan dipakai oleh bakal pengantin baharu.

Ini kerana jika diperhatikan pada foto-foto terdahulu, dia hanya mengenakan inai pada bahagian kuku sahaja.

” Kira betul la ya NeeIofa nikah esok? Sebab dia pakai inai penuh?

” NeeIofa pakai inai penuh kat jari, tak sabar nak tunggu hari bahagiannya. Terujanya,” tulis peminat di laman Twitter.

Ibu pula sibuk masak kenduri, tunjuk periuk besar

Hal tersebut memperkuatkan lagi dakwaan bahawa dia akan bernikah pada Sabtu seperti yang didakwa oleh netizen sejak beberapa hari kebelakangan ini. Majlisnya juga akan berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur secara tertutup.

Masak istimewa seakan ada kenduri

Selain daripada jarinya yang sudah berinai, ibunya, Noor Kartini turut dilihat sibuk di dapur apabila berkongsi video di IG story sedang memasak makanan dalam kuantiti yang banyak dengan memberi hint akan membuat kenduri pada malam nanti.

Pastinya perkongsian-perkongsian tersebut membuatkan para peminat NeeIofa tidak sabar menanti detik bahagia usahawan terbabit dengan pendakwah muda, PU Riz yang difahamkan akan berlangsung dalam masa terdekat.

Sebelum ini, ada khabar angin memaklumkan bahawa NeeIofa dan PU Riz akan bernikah pada hari Jumaat atau pun Sabtu dalam majlis tertutup. Manakala majlis meraikan pasangan tersebut akan berlangsung di The St. Regis Kuala Lumpur.

kredit limauais.pw

Sumber:mstar dan k0smo

Previous article‘Rumah Aku Kat My-Ex’, 13 Tahun Tnggal di H0teI Slepas Bercrai, Tok Ram Dedah Segala Kisah Hidupnya
Next articleHilang Lima Hari Akhirnya Che Som Ditemui.Sbelum Hilang Dia Ada Sebut ‘Pkcik’ Dan Anak Tampil Cerita Hal Sebenar Ttg Maknya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here