Setiap anak harus menghormati ibu bapa dan menghargai kasih sayang kedua mereka .
Tapi ibu bapa sentiasa menyayangi anak anak mereka dalam apa jua keadaan.
Ibu bapa mana yang tak mahu anak kesayangan mereka gembira. Apa sahaja kemahuan anak pasti akan dituruti asalkan anak-anak bahagia.
Namun bagi gadis ini, dia tidak menyangka ibu bapanya membuat satu kejutan yang benar-benar meruntun jiwa.
Gigih ayah balut hadiah pukul 1 pagi
Video gadis dikenali sebagai ArifahRahim ini tular di Tiktok apabila si ayah gigih membalut hadiah buat anak yang tersayang. Lebih mengujakan apabila bapanya sengaja membalut hadiah tersebut dengan beberapa lapisan. Siap letak dalam kotak pelitup muka lagi.
Namun gadis ini mula teruja apabila melihat seutas gelang emas di kotak yang terakhir. Terus menitis air mata! Menurut gadis ini, ayahnya membalut kesemua hadiah itu pada pukul 1 pagi demi nak buat kejutan untuk dirinya,
Para pengguna yang menyaksikan video itu turut ‘sebak’ melihat kepada reaksi dua beranak ini
Saya datang dari keluarga biasa je. Tahun lepas pernah cakap dengan mak bestnya kalau dapat pakai emas.
Video penuh
Memang Sedih
Begitulah kehidupan ini bagi setiap insan ada cara nya sendiri buat kebaikan namun ingatlah pengorbanan ibu ayah ta da calang gantinya.
Begitu juga anak anak pada ibu ayah.
Semailah kasih selagi ibu ayah ada dan jaga mereka baik baik selagi mereka masih hidup’
Doakan mereka sentiasa setelah mereka pergi.
Sumber : ohbulan