Home Petua Tips “Pesanan Trakhir Kakak Kpd Isteri Saya Suruh Jaga Saya”. Sebak 2 Kakak...

“Pesanan Trakhir Kakak Kpd Isteri Saya Suruh Jaga Saya”. Sebak 2 Kakak Pergi Selamanya Dalam Nahas Kreta Bertemu Treler

276
0

Banting: “Saya dengar bunyi dentuman kuat sebelum melihat serpihan kereta dinaiki mereka mengenai kereta saya menyebabkan ibu menjerit dengan kuat,” kata Muhammad Azwan Abdul Muid.

Muhammad Azwan, 29, adalah adik kepada Marlianna Abdul Muid, 37, dan Marlia Abdul Muid, 36, yang meningg4.l dunia selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan treler di Kilometer 5 Jalan Bentong-Raub, 4 pagi hari ini.

Selain itu, dua lagi mangsa, Muhammad Aisy Harraz Aziz, 7, dan Muhammad Faizz Aryan Mohd Faizuddin, 9, pula dilaporkan meningg4.l dunia ketika menerima rawatan di Wad Kecemasan Hospital Bentong.

Muhammad Azwan berkata, dia bersama ibu, Zabaidah Talib, 61, serta isterinya, Nadzirah Kamaruddin, 26, berangkat dari rumah mereka di Taman Seri Bayu, Morib, di sini, pada 8 pagi, Khamis lalu ke Kampung Aur Duri, Pasir Mas, Kelantan untuk majlis pernikahan mereka yang berlangsung pada malam Jumaat lalu.

Menurutnya, tiga kakaknya iaitu Marlianna, Marlia dan Marlina serta abang ipar (suami Marlina) pula berangkat ke Kelantan pada 11 malam, Khamis lalu.

“Majlis pernikahan saya dan Nadzirah berlangsung pada malam Jumaat lalu.

“Sebaik selesai majlis persandingan pada Sabtu lalu, kami berangkat pulang ke Morib secara berasingan pada 11 pagi semalam menggunakan tiga kereta kerana masing-masing ada perancangan sendiri,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di Taman Seri Bayu, Morib, di sini, hari ini.

Dia yang bekerja sebagai pekerja di sebuah syarikat kurier berkata, mereka bertemu semula di sebuah restoran di Pasar Siti Khadijah, Kota Bahru untuk meneruskan perjalanan pulang ke Morib secara konvoi.

Katanya, ketika dalam perjalanan pulang itu, kereta abang ipar berada di hadapan, kereta dipandu arwah di tengah, manakala keretanya di belakang.

“Apabila di lokasi kejadian, saya nampak kereta dipandu kakak (Marlianna) masuk ke lorong bertentangan sama ada dia mahu memotong kenderaan lain di hadapan atau mengantuk.

“Sebuah treler dari arah bertentangan mel4.nggar bahagian depan kereta kakak sehingga menyebabkan bunyi dentuman kuat.

“Saya amat terkejut melihat kemalangan itu berlaku depan mata saya. Saya dengar ibu memanggil nama kakak (Marlianna) yang mesra dengan panggilan Mak Long beberapa kali,” katanya yang juga anak kelima daripada enam beradik.
Menurutnya, dia memberhentikan kereta di bahu jalan sebelum keluar untuk melihat keadaan mereka dan mendapati kereta Perodua Myvi berkenaan remuk di bahagian depan.

Katanya, dua anak saudara pula tersepit di bahagian belakang bersama barang-barang.

“Kak Marlianna ada meninggalkan pesan kepada isteri saya supaya menjaga saya dengan baik dan isteri ada memaklumkan pesanan itu kepada saya.

“Selain itu, Aisy Harraz berperangai pelik pada hari kejadian apabila dilihat mahu bermanja lebih dengan neneknya,” katanya.

Sementara itu, bekas suami Marlia, Mohd Faizuddin Rosman, 41, berkata, kali terakhir dia menghubungi anaknya, Muhammad Faizz Aryan adalah pada Khamis lalu untuk memberitahu bahawa mereka mahu ke Kelantan.

“Saya amat terkejut apabila dimaklumkan mengenai kem4.langan ini oleh ahli keluarganya (Marlia).

“Sepatutnya saya bertemu dengan anak (Muhammad Faizz Aryan) pada hari ini bagi memberi permainan (kapal terbang mainan) kepadanya.

“Dia (Muhammad Faizz Aryan) adalah anak yang paling saya rapat. Dia ibarat klon kepada diri saya,” katanya yang bekerja sendiri.

Terdahulu, keempat-empat jenazah mangsa disembahyangkan di Masjid Jamek Jama’iyah Morib sebelum selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Morib dalam satu liang lahad pada 4.55 petang hari ini.lu.

Sumber : hmetro

Previous articleTerjawab Punca Sebenar Knp Polis Tak Pergi Terus Ke Majlis NeeIofa Dan Bagi K0mpaun
Next article“Dia hanya nak t1pu ibunya” Viralkan Kes S4man P4lsu RM 10K, Uncle Kentang Mohon Maaf Pada Polis Ipoh

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here