Home Petua Tips “Saya pun trkejut papa ckp kami kahwin di Siam,” Serina Sangkal Dakwaan...

“Saya pun trkejut papa ckp kami kahwin di Siam,” Serina Sangkal Dakwaan Nik4h di Siam, Percaya Ada Pihak Hasvt Chef Wan

517
0

SUSULAN pendedahan cef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan mendakwa anaknya Serina Redzuawan melangsungkan pernikahan di Thailand, akhirnya pelakon itu tampil menafikan kenyataan bapanya itu.

Menurut Serina, 38, dakwaan Chef Wan itu tidak benar dan menegaskan pernikahannya dengan suami yang dikenali sebagai Aidid diadakan di Malaysia.

“Assalamualaikum, tujuan post Serina hari ni nak jelaskan kekeliruan dan nak minta netizen jangan mudah nak hukum orang lain dengan menambah fitnah kepada Serina dan suami.

“Selepas papa tulis dia tak tau kami nikah, dan dia kata kami kahwin di Siam itu adalah tidak benar, kami bernikah di sebuah negeri dalam Malaysia.

“Saya pun terkejut papa cakap kami kahwin di Siam, fikirlah logik sempadan pun tutup… mana ada buka,” katanya menerusi Instagram pada pagi Sabtu.

 

Penjelasan Serina di Instagram.

Sebelum ini, Chef Wan, 63, mendedahkan Serina berkahwin di negara jiran tanpa pengetahuannya.

Perkara itu diluahkan oleh Chef Wan selepas beberapa jam Serina mengumumkan mengenai perkahwinan keduanya itu di Instagram.

Dalam pada itu, Serina berkata tindakan bapanya memuat naik status kecewa itu dilakukan selepas dihasut oleh pihak tertentu yang kurang senang melihat kebahagiaan mereka sekeluarga.

Apa pun saya maafkan orang yang fitnah dan cuba hancurkan keluarga kami, moga Allah beri orang ini hidayah

SERINA

PELAKON

“Memang saya akui ramai yang hasut papa dan cucuk papa macam-macam, suka tengok keluarga kami hancur.

Saya sentiasa menghormati bapa saya. Kami tak ada masalah pun selama ni.

Malah, papa sendiri ada post di Instagram dia sebelum ni dia restu hubungan kami bernikah… benda baik halal kan hubungan dituntut dalam Islam.

“Siap cakap makan-makan di restoran papa je nanti untuk kenduri jamuan doa selamat. Secara jujur papa dah tau kami nikah, saya dah maklumkan pada papa, suami pun dah berjumpa dengan papa.

“Apa pun saya maafkan orang yang fitnah dan cuba hancurkan keluarga kami, moga Allah beri orang ini hidayah… tolong hormat juga keluarga mertua Serina, mereka pun ada perasaan,” ujarnya.

Serina maklumkan bapa sudah bertemu suami sebelum ini.

Dalam perkongsian yang sama, Serina turut memohon netizen menghentikan kecaman dan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai perkahwinannya itu.

Malah, dia menafikan tuduhan yang mengatakan Aidid merupakan suami orang.

“Jadi berhentilah buat tuduhan serta fitnah, besar dosanya nak menjawab di akhirat kelak sebab itu kalau kita tak tahu jangan kita pandai-pandai nak komen dan hentam orang lain.

Serina dan Aidid bernikah di Malaysia.

“Saya nak jelaskan suami saya bukan suami orang, (dia) duda. Sebelum kenal saya pun mereka dah ada masalah perkahwinan jarak jauh dan mereka belum ada zuriat. Jangan menuduh suami saya yang tak benar.

“Astaghfirullahalazim, cuba doakan yang baik-baik jangan jadikan media sosial tempat tambah dosa mengumpat, fitnah dan maki hamun orang lain. Semua yang terjadi atas izin Allah jodoh kami dah tertulis,” katanya.

Serina sebelum ini pernah berkahwin dengan Gavin Edward O’Luanaigh pada 1 Januari 2010 namun disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Tristan Tareef, 11, dan Isabella Saffiya, 10 tahun.

Terdahulu,

Chef selebriti Datuk Redzuawan bin Ismail atau lebih mesra dengan nama panggilan Chef Wan baru-baru ini ada muat naik satu perkongsian di Instagram menzahirkan rasa kecewa dengan anaknya pelakon Serina Redzuawan.

Katanya dia terkejut apabila mengetahui khabar berita ini, menurutnya dia mengetahui hal ini selepas Serina umumkan bahawa dirinya sudah bernikah bersama seorang pegawai polis, Meor Mohammad Aidid tadi.

Pi Nikah di Siam dah lama tu baru bagi tahu bapaknya dont u think bagus budi bahasa anak jenis begini?”

Katanya, hal ini diketahui selepas adik beradiknya maklumkan hal ini kepadanya, Chef Wan menceritakan bahawa Serina sebelum ini tetap dengan pendiriannya ingin bernikah sebelum puasa.

“She said ” Rina dah nikah di Siam pun Pa! My heart was striked by lightning ketika itu. Nak nikah rumah Papa untuk urusan nikah semula in Msia aja. Terus saya tak pun jawab apa yg she said.”

Dalam pada itu, Chef Wan menceritakan satu cerita yang pernah menjadi perhatian tentang dirinya bersama pelakon arwah Hani Mohsein.

Katanya lagi, dia tak terkejut dengan apa yang dah berlaku, bahkan sebagai seorang bapa, Chef Wan rasa kecewa dengan apa yang dilakukan oleh Serina.

“Dulu pun dia memalu kan saya dengan kisah Hani Mohsein dia tu. With this behind my back after all my adviced i am not surprise As a father offcourse what both of them have done is most disappointing.”

Tambah Chef Wan lagi, dia tak melarang keputusan Serina untuk nikah namun, dengan tindakan nikah di luar negara dan baru maklumkan kepadanya itu satu perkara yang mengecewankannya.

“Saya tak melarang pun dia nikah. Pi Nikah di Siam dah lama tu baru bagi tahu bapaknya dont u think bagus budi bahasa anak jenis begini? And now this? Rina….Rina suka hati kau orang lah.” 

Walaubagaimanpun, Chef Wan redha dengan apa yang terjadi dan mengucapkan agar mereka bahagia dengan pasangannya itu.

“Kau orang pun dah tua masing2 tahu dan bertanggung jawab dengan apa yg kau orang lakukan ini semua especially behind my back. As much as u have hurt me i will still swollow aja. Baik apa pun i wished u both a happy marriage.

At this point i am sure any parent would share the same feeling that i am feeling now. Kita doa kan terbaik dan amin kan pernikahan mereka ini sudah lah.”

Sebelum ini, selebriti Serina Redzuawan ada mengumumkan dirinya telah bernikah dengan seorang pegawai polis menerusi Instagram.

 

Sumber: LM/Mstar

 Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .

 

Previous article‘Kasih Syg Seorg Ayah’. Gigih Hantar Anak Dari Nibong Tebal Ke UPM Dgn Motor
Next articleRvpanya Lelaki Wrga Asing Yg ‘Hulur RM1OO’ Kpd Pakcik Meniaga di Kaki Lima Cukup Dikenali Ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here