Home Petua Tips SKKM Ambil tindakan Iklan tidak senonoh, Galak Umat Islam Brjvd1

SKKM Ambil tindakan Iklan tidak senonoh, Galak Umat Islam Brjvd1

359
0

SvRUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah berkomunikasi dengan pihak penyedia platform media seperti Facebook, Twitter dan YouTube untuk menurunkan kandungan iklan mengajak umat Islam berjv.di bagi mendapatkan dana sempena menyambut Aidilfitri yang tular hari ini.

SKMM dalam kenyataan berkata, permintaan menurunkan kandungan berkenaan mengikut terma perkhidmatan serta piawaian komuniti ditetapkan pihak platform media tersebut, yang berpangkalan di luar negara.

“Pada masa sama, pihak yang terlibat seperti pihak produksi dan pelakon seharusnya perlu lebih peka untuk tidak turut sama bersubahat dalam kegiatan mempromosi judi dalam talian, yang jelas satu kesalahan.

“Penghasilan kandungan adalah tertakluk kepada Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia untuk dipatuhi oleh mereka yang terlibat dengan penghasilan dan pengedaran kandungan.

“Dalam kebebasan menyediakan kandungan, penyedia harus mengikuti kod kandungan yang sesuai dengan norma masyarakat Malaysia yang majmuk,” kata kenyataan itu hari ini,

Menurut SKMM, pengguna media sosial perlu lebih bertanggungjawab dengan melaporkan perkara-perkara sebegini secara terus kepada pihak berkuasa untuk tindakan susulan mereka dan bukannya menyebarluaskan kandungan berkenaan.

 

Katanya, perbuatan menyebarluaskan kandungan berkenaan hanya akan membantu secara langsung pihak yang terlibat dalam menyebarkan dakyah mereka mempromosikan perjudian dalam talian yang boleh memudaratkan masyarakat Malaysia.

“Kegiatan jv.di dan promosi judi dalam talian adalah tertakluk di bawah Akta Rumah Perjv.dian Terbuka 1953, di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Pihak SKMM pada 12 Mac lalu juga telah mengoperasikan tindakan sekatan secara laluan pantas (‘fast-track’) dengan mengupayakan pihak PDRM mengarahkan penyedia perkhidmatan Internet untuk menyekat akses ke atas laman sesawang yang melanggar peruntukan undang-undang di bawah akta sama,” katanya lagi.

Terdahulu, Syarikat GDBET333 mengeluarkan iklan mengajak umat Islam berjv.di bagi mendapatkan dana untuk balik ke kampung dan menyambut Raya.

Dalam iklan berdurasi 2 minit 29 saat itu memaparkan seorang pemuda lelaki yang sedih tidak boleh pulang ke kampung kerana kekurangan wang, dan gembira mendapat wang yang banyak setelah berjv.di di GDBET333.

Ayat “cuci semua kemudian beraya” yang digunakan dalam iklan itu telah menimbulkan kemarahan umat Islam.

 

 

Sumber : Malaysiapost,fb SKMM

Previous article‘Aku Trlalu Teruja Bila Dpt Tahu Beliau Sudi Utk..’ Ini Kata2 Azhan Rani di Atas Pemrgian Abu Bakar Omar
Next articleBuat Slumber Jer MV promosi jvdi raya, Skali Yusuf Azmi tampil dalam satu video

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here