Home Petua Tips Lagi 4 Plakon Jvd1 Raya Dicekvp. Rupanya “Upah Lebih Mahal”.Tak Sangka Ini...

Lagi 4 Plakon Jvd1 Raya Dicekvp. Rupanya “Upah Lebih Mahal”.Tak Sangka Ini Jumlah Mrk Terima

463
0

POLIS menahan empat individu yang dipercayai menjadi pelakon dalam video terbaru iklan lagu raya yang mempromosikan kegiatan judi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata semua pelakon terbabit ditahan petang semalam di Ampang.

“Empat individu terbabit kini direman selama dua hari bermula hari ini sehingga esok.

“Ia bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana terbabit dalam sebaran video mempromosikan perju.dian dalam talian,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Semalam, tular satu lagi video iklan lagu raya yang mempromosikan kegiatan ju.di di media sosial.

Video iklan Aidilfitri berdurasi 3 minit 19 saat itu dikeluarkan oleh syarikat IBC003, yang menggalakkan umat Islam menggunakan perkhidmatan judi untuk meraih wang berganda bagi menyambut lebaran.

Menggunakan konsep sama seperti iklan Gbet333, video bertajuk ‘IBC003 Hari Raya Berkaya’ itu juga dipercayai menggunakan khidmat pelakon beragama Islam yang lengkap berbaju kurung dan Melayu, dengan berlatarbelakang suasana Aidilfitri.

EMPAT individu termasuk seorang wanita dipercayai pelakon dalam video kedua iklan raya yang mempromosikan kegiatan judi ditahan polis pada petang Sabtu.

“Empat individu termasuk seorang wanita berumur antara 24 hingga 32 tahun kini direman selama dua hari bermula Ahad sehingga Isnin.

Tambah Mohamad Zainal, berdasarkan siasatan awal, kesemua suspek yang tidak diwakili peguam itu menerima bayaran lebih RM20 daripada pelakon video pertama.

“Mahal sikit daripada video pertama, RM200 seorang.

“Difahamkan penggambaran video kedua ini diadakan di sekitar Ampang, Semenyih dan Hulu Langat pada Mac lalu,” katanya lagi.

Untuk rekod sebelum ini Mohamad Zainal memberitahu lima pelakon MV ju.Iklan di raya pertama hanya menerima bayaran RM180 seorang.

Sejak Khamis sudah dua video iklan dengan tema sambutan Hari Raya tular di media sosial hingga mencetuskan kemarahan masyarakat.

Selain menggunakan pelakon Muslim, promosi secara meluas ketika umat Islam sedang mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadan turut dianggap tidak sensitif dan berniat ja.hat.

Selain menahan para pelakon yang terlibat bagi membantu siasatan, polis kini sedang giat mengesan lelaki dipercayai menjadi dalang utama pembikinan dua video iklan lagu raya yang mempromosi kegiatan perjudian itu.

Lelaki berusia 35 tahun dikenali sebagai Loh Kee Hoe beralamat di Kuala Lumpur.

Pada petang Sabtu, lima pelakon dan seorang ejen pencarian bakat video iklan raya pertama yang mempromosikan judi secara dalam talian dibebaskan.

Walaupun terdesak, janganlah hin.a agama sendiri – Najib

Datuk Seri Najib Razak meminta orang ramai berhati-hati dan tidak terjerumus sehingga menjadi alat sindiket judi.

Bekas perdana menteri itu berkata, walaupun keadaan ekonomi mendesak tetapi carilah sumber pendapatan yang tidak salah di sisi agama dan menyalahi undang-undang.

“Jangan diupah untuk menggadai maruah bangsa dan mengh1na agama sendiri,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Beliau mengulas laporan yang mendakwa pelakon-pelakon video judi online menerima bayaran RM180 setiap orang untuk berlakon dalam iklan tersebut yang berdurasi dua minit itu.

Malah, salah seorang daripada pelakon itu mendakwa mereka dalam keadaan terdesak kerana pendapatan sebagai pelakon bebas terjejas teruk

Sumber : malaysiapost,mstar

Previous article‘L4nggar SOP’ Pihak P0lis Cdg Kmpaun Pd Neelofa Dan Suami Sekali Timbalan Pndkwa Raya Bvat Keputusan Macam Lain
Next article[Video] Gara2 Tegur Tak Pakai Pelitup Muka Leher Kena Cekik olh Pkcik Serban.Sekali Ini Tndakan Balas Pekerja Itu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here