Home Petua Tips Untungnya…Penjawat Awam Bakal Terima Bantuan Khas Raya RM500

Untungnya…Penjawat Awam Bakal Terima Bantuan Khas Raya RM500

259
0

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 dipersetujui oleh kerajaan untuk diberikan kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP.

Dan untuk pengetahuan anda, ini adalah buat pertama kalinya Pegawai Sambilan Harian menikmati bantuan tersebut. Manakala kepada pesara kerajaan pula, bantuan RM250 akan disalurkan.

Pejabat Perdana Menteri berkata, pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh cabaran ini.

Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan Mei iaitu pada 6 Mei 2021.

Bantuan khas tersebut akan memanfaatkan lebih 2 juta penjawat awam dan juga pesara.

Pengumuman pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri pada tahun ini dibuat lebih awal daripada tahun-tahun sebelumnya disebabkan keprihatinan Kerajaan dalam membantu mereka membuat persiapan awal menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Kerajaan juga berharap dengan pemberian Bantuan Khas ini dapat lah meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.rotikaya.com/

Previous articleSiti Sarah Yang Hamil, Ibu Mentua Alami Alahan
Next article‘Inai Mer4h Lagi..’ – Baru 2 Minggu K4hwin, Sijil Nik4h Pun Bel0m Daftar, Wan1ta Dicer4i T4lak 3

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here