PEMERGIAN bapa mentua di Banten, Indonesia pada Jumaat memberi kesan cukup mendalam buat penyampai radio Hot FM, Haziq Hussni dan isteri, Ayunda Putri.
Lebih-lebih lagi apabila mereka tidak dapat memberikan penghormatan terakhir berikutan pandemik Covid-19.
Menyedari isterinya lebih terkesan menerima berita mengejutkan itu, Haziq menitipkan ucapan semangat dan memohon Putri kuat berdepan ujian tersebut.
“Lain orang lain cara Allah uji. Ini ujian awak sayang. Awak kuat. Awak hebat. Saya doakan awak berjaya dunia akhirat,” katanya menerusi Instagram.
Pada Jumaat, Haziq atau nama sebenar Muhammad Haziq Irfan Mohd Hussni, 30, memaklumkan bapa mentuanya iaitu Yudhi Yulfan Abdurrahman Thaher menghembuskan nafas terakhir di Banten, Indonesia.
“Bapa mertua saya telah kembali ke Rahmatullah. Jenazah papa telah selamat dikebumikan. Alhamdulillah. Semua dipermudahkan.
“Meninggal di bulan yang baik, di hari yang baik dan semoga yang baik-baik untukmu di sana papa.
Perkongsian Haziq di Instagram mengenai pemergian bapa mentua.
“Doakan juga Putri kuat sebab pandemik ni dah lama tak jumpa papa dia dan tak dapat nak bersama arwah di saat terakhir arwah,” ujarnya.
Difahamkan sudah hampir dua tahun Putri tidak bertemu dengan bapanya sehinggalah arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Pengacara program Muzik-Muzik itu berkahwin dengan Ayunda Putri, 30, yang berasal dari Medan, Indonesia pada 15 Julai 2016 dan pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.mstar.com.my/