Home Petua Tips ‘Padah’ beli online, lelaki ini ‘naik hot’ terima gigi palsu macam mainan...

‘Padah’ beli online, lelaki ini ‘naik hot’ terima gigi palsu macam mainan kanak-kanak… tapi sekeluarga terhibur muka bapa jadi Steve Harvey –

316
0

KISAH seorang bapa yang membeli gigi palsu secara dalam talian ternyata mencuri perhatian netizen.

Malah, video memaparkan Jasreh Dukim, 50, sedang menggayakan gigi palsu itu turut menjadi tular di media sosial.

Menurut anak sulungnya, Nurul Atiqah, 30, gigi palsu itu ternyata tidak selesa untuk dipakai dan tidak sesuai dengan bapanya.

Namun, dia terhibur apabila wajah bapanya kelihatan seolah-olah pengacara dan pelawak antarabangsa, Steve Harvey setelah memakai gigi palsu itu.

“Gigi palsu tu ayah beli online, baru sampai pada Khamis. Jadi dia nak cuba pakai. Kata ayah, gigi palsu tu keras, bentuknya pun lain.

“Saya tengok ia macam gigi palsu permainan kanak-kanak, yang macam taring dracula tu. Kalau pakai untuk sekadar bergambar, OK saja. Tapi memang tak sesuai untuk kegunaan harian.

Kisah mengenai lelaki ini tular selepas dikongsi oleh anak sulungnya menerusi TikTok.

“Bila ayah pakai, adik ipar saya kata, muka dia macam pengacara yang kepala botak tu. Jadi kami pun Google muka Steve Harvey, memang nampak hampir sama,” ujarnya berseloroh.

Mesra disapa Atiqah, ibu kepada dua cahaya mata itu sempat merakam video aksi bapanya mencuba gigi palsu itu setelah ia dihantar ke kediaman mereka.

Gigi palsu yang dibeli secara dalam talian dihantar kepada bapa Atiqah pada Khamis.

Malah, dia sama sekali tak sangka ia akan tular selepas dikongsi menerusi aplikasi TikTok.

“Mula-mula pakai gigi palsu tu, ayah macam nak marah. Dia juga kata nak pulangkan semula kepada penjual.

“Tapi memang lawak, saya tergelak-gelak masa rakam video. Tak sangka pula akan viral. Saya pun ada maklumkan pada ayah pasal dia tengah viral di TikTok,” ujarnya lagi.

Tambahnya lagi, rata-rata komen di TikTok turut terhibur dengan video itu dan bersetuju bahawa wajah bapanya kelihatan persis Steve Harvey selepas memakai gigi palsu itu.

Kata Atiqah, bapanya juga merancang untuk membuat gigi palsu dengan doktor, namun sekadar mahu mencuba apabila membelinya terlebih dahulu menerusi kedai dalam talian.

Sebahagian ahli keluarga Atiqah.

Dedah Atiqah, bapanya bekerja sendiri sebagai ahli perniagaan manakala dia sendiri turut menjalankan bisnes kosmetik secara dalam talian.

Atiqah,ang menetap di Kuala Lumpur kembali ke kediaman keluarganya di Kota Marudu, Sabah, pada awal tahun lalu ketika pergerakan rentas negeri masih dibenarkan.

Ujarnya, dia merancang kembali ke semenanjung selepas sambutan Aidilfitri ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.mstar.com.my/

Previous article“Alhamdulillah, Class Vokal Is D0ne..” Bakal Keluarkan Lagu Raya Jumaat Ini
Next articleTerkini! Kapal Selam Kri Nanggala Disahkan Tenggel4m. Punca kjdian akhirnya dikenal pasti

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here