Home Petua Tips Idris Khan minta hentikan trend menunjuk-nunjuk bagi duit ‘cash’ pada ibu bapa...

Idris Khan minta hentikan trend menunjuk-nunjuk bagi duit ‘cash’ pada ibu bapa – “Buat kebaikan biar Allah saja tahu” –

231
0

PELAKON Idris Khan tidak bersetuju dengan tindakan segelintir pihak yang gemar menunjuk-nunjuk kebaikan yang dilakukan di media sosial.

Menerusi komen yang ditinggalkan Idris atau nama sebenarnya, Idris Khan Abdul Ghaffar Khan, 33, di laman Instagram @mstaronlineofficial, perkara sedemikian sudah menjadi trend semasa yang dilihat sebagai tidak sihat.

“Rasanya ramai yang berkeinginan nak buat seperti ini untuk ibu mereka tetapi tidak semua murah rezekinya sebegini.

“Jadi sebaiknya buat kebaikan, bagi tangan kanan tangan kiri tak nampak. Hentikan trend suka menunjuk bagi wang tunai.

“Simpan untuk diri sendiri cukup… Allah tahu,” katanya.

Komen Idris di Instagram @mstaronlineofficial.

Idris menulis komen itu menerusi perkongsian video TikTok menunjukkan seorang wanita dikenali sebagai Nabilah Nazib, 30, yang menyerahkan hadiah wang tunai berjumlah RM25,000 kepada ibunya, Rushila Abdul Karim.

Pelakon drama bersiri Tuan Danial itu berharap agar orang ramai tidak terikut-ikut dengan perkara sebegitu yang semakin banyak berlaku di media sosial sekarang.

“Jadilah manusia yang kejar untuk membuat kebaikan, bukan manusia yang kejar untuk ‘menunjuk’ kebaikan,” ujarnya.

Komen yang ditulis Idris itu juga turut dipersetujui oleh pelakon Mustaqim Bahadon yang mengatakan ‘kebaikan’ itu hanya sekadar satu perbuatan untuk menunjuk-nunjuk kepada netizen di luar sana.

Video TikTok yang dikongsikan Nabilah Nazib.

“Sekarang macam berlumba-lumba pula orang nak tunjuk siapa paling buat baik dengan ibu bapa. Siapa paling bagi hadiah mahal pada ibu bapa,” katanya.

Selain Mustaqim, rata-rata netizen juga meluahkan perkara yang sama berharap agar trend sebegitu dihentikan lebih-lebih lagi ia dilihat tidak selamat untuk memberikan sejumlah wang yang besar dalam bentuk tunai.

“Buat posting tunjuk duit ini bahaya sebenarnya sebab boleh jadi target perompak.

“Bahaya ni kalau tiba-tiba ada orang datang pecah masuk (rumah).

“Hati-hati, takut ada yang sedang memerhati… tunjuk duit berkepuk-kepuk, bahaya pada mak tu,” komen netizen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.mstar.com.my/

Previous article“KRI Nanggala Tak Meletvp,” Tentera Laut Ded4h Apa Yg Sebenarnya Berlaku
Next articleWajah Zac Efron dah bervbah, peminat sy4k sunt1k bot0k –

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here