Malaysia merupakan sebuah negara yang unik yang mana negara ini memiliki Sembilan kerajaan negeri yang dipayungi oleh kuasa seorang Sultan. Setiap lima tahun, Sembilan Sultan ini akan bergilir-gilir menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia.
Mungkin ada dari kita mengenali putera-putera Sultan di Malaysia yang telah dinamakan sebagai putera mahkota, kecuali negeri Perak yang mana negeri tersebut memiliki sistem penggiliran takhta yang unik. Anak lelaki sulung kepada Sultan Perak tidak semestinya bakal mewarisi takhta disebabkan sistem penggiliran di antara keluarga-keluarga Diraja negeri Perak.
Dalam artikel ini penulis ingin berkongsi wajah puteri kepada beberapa sultan di Malaysia.
Kini, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah merupakan Yang Dipertuan Agong Malaysia yang ke-16. Tengku Puteri Iman Afzan merupakan puteri sulung Baginda sultan.
Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah (PAHANG)
Berusia 29 tahun, baginda telah berkahwin pada 4 Ogos 2018 dengan pasangannya, dari kerabat Pahang, Tengku Abu Bakar Ahmad Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. Aktif dalam aktiviti sukarelawan, baginda merupakan seorang pejuang dalam lsu kesihatan mentaI dan baginda merupakan penaung antarabangsa bagi Hari Kesihatan Mental Sedunia 2020.
Yang Amat Mulia Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah Zahrah binti Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin (TERENGGANU)
Baginda merupakan cahayamata sulung kepada pasangan Sultan Mizan Zainal Abidin bersama Sultanah Nurzahirah. Berusia 25 tahun, Tengku Nadhirah Zaharah diputerakan pada 18 Disember 1996 dan baginda memiliki tiga orang adinda iaitu Tengku Muhammad Ismail, Tengku Muhammad Mu’az dan Tengku Fatimatiz Zahra. Anggun seperti bondanya, Tengku Nadhirah kerap bersama bondanya menyantuni rakyat jelata dalam sebarang acara yang diadakan.
Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Ibrahim Ismail (JOHOR).
Merupakan anakanda kedua dan puteri tunggal bagi pasangan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ismail Ibni Sultan Mahmud Iskandar dan Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah. Baginda mempunyai enam orang adik-beradik. Diputerikan pada 8 April 1986, Tunku Aminah sudah berkahwin dengan Dato’ Muhammad Dennis Abdullah dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Layla Sofiah.
Baginda merupakan seorang yang menggemari dunia fesyen, pada tahun 2016 baginda telah berkolaboratif bersama pereka fesyen terkenal, Dato’ Jovian Mandagie dalam menghasilkan koleksi istimewa Tunku Tun Aminah x Jovian Mandagie. Koleksi tersebut menampilkan rekaan baju kurung dan baju kebaya.
Yang Teramat Mulia Raja Nazira Safya Binti Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (PERAK)
Berusia 9 tahun, Raja Nazira Safya merupakan puteri tunggaI pasangan Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Tuanku Zara Salim. Diputerikan pada 2 Ogos 2011, baginda mempunyai seorang kekanda lelaki iaitu Raja Azlan Muzzaffar Shah yang merupakan Raja Kechil Besar Perak. Ketika ini baginda masih lagi berada di alam persekolahan sekolah rendah. Wajahnya yang comel saling tidak tumpah mewarisi kecantikan bonda baginda.
Yang Amat Mulia Tengku Zatashah binti Sultan Sharafuddin Idris Shah (SELANGOR)
Sumber : https://www.remaja.my/girlpower-kenali-puteri-sultan-sultan-di-malaysia/.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.viral.cappucinnolatte.com/