“Tak berbau tahi ke duduk kat situ nak oii..ko intai bawah pintu ehhh😂🤣”
Kelakar! Siapa sangka anak lelaki sulung yang terlihat berwatakan kasar dan ‘nakal’ sebenarnya lebih manja dengan ibunya berbanding adik-beradiknya yang lain.
Lazimnya, si adik yang dikatakan mempunyai sifat yang lebih clingy dengan sang ibu sehingga ada yang dikatakan mahu sentiasa menempel saja tak kira masa, kali ini berbeza apa yang dialami oleh pelakon Syatilla Melvin.
Menerusi satu perkongsian di laman Instagram milik Tilla, beliau telah memuat naik sekeping gambar lucu aksi gelagat yang dipamerkan oleh anak lelakinya, Syeriv yang sedang ‘terbaring’ di atas lantai di hadapan pintu tandas rumah mereka.
Aksi itu ternyata lebih mencuit hati apabila Tilla sendiri telah membuat pendedahan bahawa disebalik senyuman nakal yang terukir di bibir si anak jantannya itu sebenarnya dia sedang membuat penantian dengan penuh kesabaran kerana menunggu ibunya yang sedang membuat ‘panggilan alam’.
caption:
“Aku ni masuk bilik ayaq memerut sat ja pun
Tu pun xboleh nak berenggang dengan bubu. Bukak2 pintu tgok dia duk lagu ni🤪🤣
Punya setia duk tunggu bubu sampai habeh. Anak oh ank.
Harap syeriv terus kekal setia jaga bubu sampai tua🤍”
Sungguh tak disangka-sangka rasa rindu si anak itu terhadap ibunya sangat kuat sehingga sanggup ‘mematikan’ deria rasa dan bau demi menunggu ibunya yang sedang membuang air besar.
Bagi mereka yang sudah lama mengikuti perkembangan Tilla dan Syeriv ini di laman sosial, mereka ini sememangnya keluarga yang mempunyai perangai yang gila-gila dan sekepala, hal yang demikian juga dapat dijelaskan melalui perwatakan Shaheizy Sam, ayah kepada Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa terhibur melihat telatah dua beranak ini.
Dalam pada itu, ramai jugak tidak ketinggalan turut berkongsi mengenai tabiat anak-anak mereka yang pantang ditinggalkan walapun seketika.
“Hahahaha! Anak aku lagi teruk woi aku tengah nak melepas bom dia boleh nak menetek susu pulak hahahaha terpaksa la usung masuk toilet menyusu…adoiii anak oh anak, tak bawak melalak satu rumah sampai jiran ingat aku buli anak aku dah padahal hahahaah….😭😤 bertambah melekat la dengan mommy sayang..”
Tidak dapat disangkalkan, sifat kasih-sayang terhadap ibu sebegini sedikit sebanyak dapat memupuk jalinan mesra antara ibu dan anak, namun diharapkan jangan sampai keterlaluan sehingga mendatangkan kemudaratan di kemudian hari.
Apa-apa pun comel betul Syeriv ni! Setia sungguh tunggu ibu ‘melepas bom’ ye, semoga besar nanti pun sanggup teman ibu kemana-mana juga ya.
Ditulis Oleh : Puteri Haideera Zuraidi
Sumber: Instagram Samtilla
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.hotfm.com.my/