Home Petua Tips “Cinta Hingga Jannah..” 5 Tahun Bercinta, 4 Bulan Bernik4h, Suami P4srah Isteri...

“Cinta Hingga Jannah..” 5 Tahun Bercinta, 4 Bulan Bernik4h, Suami P4srah Isteri ‘Pergi’ Kerana K4nser

387
0

Setiap yang hidup pasti akan meninggal dunia. Namun, cepat atau lambat waktunya hanya Allah S.W.t sahaja yang tahu.

Walaupun kadang-kala kita tidak bersedia untuk kehilangan orang tersayang, namun detik menyedihkan itu pasti juga akan tiba.

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pemuda apabila kehilangan isteri tersayang hanya selepas empat bulan bernikah.

Menerusi muat naik yang dibuat oleh pengguna Facebook dikenali sebagai Mohamad Haniff Azizan, isterinya telah meninggal dunia disebabkan kanser.

Dalam posting yang dibuat, dia akur akan kehilangan isterinya Aida Afiqah dibulan penuh keberkataan ini. Dia juga sempat menulis perihal keperibadian isterinya yang sangat menyenangkan sejak mereka bercinta 5 tahun lalu.

Sebelum khabar duka itu dimaklumkan oleh Haniff, dia ada membuat posting di Facebook beberapa hari sebelum isterinya meninggal dengan memaklumkan bahawa allahyarham telah dikejarkan ke hospital selepas mengalami sesak nafas.

Dalam pada itu, Haniff juga sempat menzahirkan rasa terima kasih kepada kepada semua yang telah mendoakan isterinya baik ketika hidup ataupun ketika sudah ‘pergi’.

Sehubungan dengan itu, rata-rata kenalannya telah mengucapkan takziah diatas pemergian isteri dan turut sama mendoakan supaya mereka sekeluarga kuat menerima dugaan yang maha hebat ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/

Previous articlePeniaga Burger Kna Komp4un, Sekali Isteri Dia Cerita Perkara Sebenar
Next articleMisi Bantuan Steven Sim Hanya Lakonan, Pemuda Tak Dapat Dijejaki

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here