Home Petua Tips Ini Adalah Sebab Mengapa Orang Suka Menonton Filem Seram Dan Thriller

Ini Adalah Sebab Mengapa Orang Suka Menonton Filem Seram Dan Thriller

91
0

Filem seram atau thriller sebenarnya disukai ramai dan mendapat permintaan yang tinggi oleh penonton. Oleh kerana itulah, filem jenis ini banyak dikeluarkan dan ditayangkan di pawagam. Malah, di televisyen seringkali kita lihat cerita seram ditayangkan secara berterusan. Ada juga saluran televisyen yang hanya fokus menayangkan cerita-cerita seram dan thriller kepada penonton. Genre ini tak lapuk dek masa, ia sentiasa boleh ditonton tak kira bila waktunya.

Ada orang yang memang tak ada perasaan takut apabila menonton filem seram. Memang jenis yang berani. Ada pula orang yang takut tetapi suka menonton genre seperti ini. Pelik bukan? Takut tapi masih ingin menontonnya. Kenapa ya terjadinya perkara yang sebegini? Ini adalah sebab mengapa manusia suka menonton filem seram atau thriller.

Baca juga: Wajah Asia Bersinar Di Oscars, Nomadland Arahan Wanita Berketurunan Cina Menang Filem Terbaik

Kita Mampu Mengawal Keadaan

Apabila menonton filem seram, kita sudah sedia maklum yang ianya memang menakutkan. Namun, kita juga tahu jika ia terlalu menyeramkan kita boleh sahaja ‘lari’ daripada keadaan tersebut. Kita boleh menutup terus filem itu, keluar dari panggung wayang atau pejamkan mata sehingga babak seram sesuatu cerita tersebut habis. Dengan fikiran yang sebegini, ia memberi kita sedikit keselesaan kerana keadaan ini adalah dalam kawalan. Seseorang manusia mempunyai pilihan untuk ‘lari’ daripada situasi tersebut sedangkan di dalam kehidupan kita tidak mempunyai pilihan tersebut. Hal ini sedikit sebanyak menjadi sebab mengapa manusia suka menonton filem seram. Ianya mencabar diri seseorang tetapi masih boleh dikawal.

Eratkan Hubungan Dengan Orang Lain

Jika berada di dalam ketakutan, normal untuk seorang manusia melakukan sentuhan fizikal seperti pelukan kepada manusia yang lain. Hal ini adalah kerana kita ingin memegang sesuatu yang nyata dan dalam waktu yang sama sebagai peringatan buat diri kita bahawa ada orang lain yang turut bersama dengan kita. Jika kita tonton filem seram bersama keluarga atau sahabat handai, ia mampu mengeratkan perhubungan persaudaraan tersebut. Menonton filem seram bersama orang lain membuatkan kita berasa lebih selamat dan ia mampu meningkatkan tahap sosial seseorang.

Kepuasan emosi

Menonton filem seram juga sebenarnya memberikan kepuasan emosi buat seseorang. Hal ini adalah kerana kita dapat merasai pelbagai jenis emosi yang sensasi dalam masa yang singkat. Dalam plot sesebuah cerita seram yang di akhirnya bakal membongkarkan misteri yang dialami, ia membawa penonton untuk turut sama menaiki ‘roller-coster‘ emosi bersama dengan perjalanan filem tersebut dan bila ianya berakhir satu perasan tenang akan timbul.

Endorfin Meningkat

Menurut kajian, keadaan yang memberikan tekanan buat anda akan meransang endorfin anda. Hal ini mungkin terjadi kerana tindakan badan secara semulajadi yang ingin menghindarkan diri dari sesuatu bahaya oleh kerana itulah endorfin dikeluarkan dengan banyak ketika berada dalam tekanan untuk menutralkan kembali emosi kita. Jadi semakin anda takut dan berada dalam keadaan yang tertekan semasa menonton filem seram atau thriller, ia sebenarnya akan membuatkan semakin teruja untuk menonton filem berkenaan.

Aktiviti Adrenalin

Boleh dikatakan mereka yang gemar menonton filem seram adalah mereka yang sukakan cabaran dan aktiviti lasak. Hal ini adalah kerana, ketika menonton filem seram, adrenalin akan meningkat, jantung berdegup laju dan ia akan membuatkan kita berpeluh. Walaupun kita hanya duduk santai sambil menikmati bertih jagung, kita masih boleh berpeluh kesan daripada peningkatan adrenalin. Semakin laju adrenalin semakin kabur garisan di antara rasa takut dan seronok.

Itulah antara sebab mengapa manusia gemar menonton filem seram dan thriller. Ianya lebih kepada kesan yang berlaku terhadap tubuh badan kita dan psikologi di sebalik melihat sesuatu yang menakutkan.

Baca juga: Kejadian Sebenar ‘The Conjuring’ Yang Tidak Difilemkan Ini Dikatakan Lebih Menyeramkan!

Sumber: The PatriotsAxello

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.koolfm.com.my/

Previous article“Dia Ingat Baby Tu An4k Patvng”Video Nak4l Aafiyah Kacau Adik Afwa
Next article“Mulai dem4m dan tekaknya kering…” – Anak positif C0vid-19, Didie Alias dedah punca j4ngkitan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here