Kehilangan orang yang kita sayang bukanlah sesuatu yang mudah untuk dihadapi, lebih-lebih lagi jika kehilangan seseorang yang begitu bermakna dengan cara yang begitu tidak disangka.
Begitu juga dengan suami kepada pelakon terkenal, Mira Filzah iaitu Wan Emir Astar yang meluahkan rasa rindu terhadap arwah bapanya menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.
Tanggal 5 Mei 2021 menandakan genap sudah lima tahun pemergian ayahanda tercinta, Datuk Wan Muhammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, yang meninggal dunia kerana terlibat nahas helikopter Eurocopter AS350 Ecureuil yang terhempas di Sungai Batang Lupar berhampiran Triso, Sebuyau, 5 tahun lalu.
Lihat hantaran yang di muat naik ini ;
View this post on Instagram
Baca artikel berkaitan : “Lepas Ni Banyak Job” Bersatu Dalam Iklan Raya, Ramai Mahu Mira Filzah Dan Wan Emir Berlakon Sama
Menulis panjang di ruangan kapsyen :
” “Papa, he’s a loving, wonderful father..😢” saya berkata kepada @mfmirafilzah isteri tersayang, sambil dia mendakap dan memujuk saya dari terus bersedih. Tak mampu untuk mengelak, mengenangkan kasih dan rindu kepada Papa, lebih-lebih lagi pada malam sebelum 5 Mei. Ketagihan peluk erat Papa, kemanisan senyumannya, kemurnian akhlaknya.
Tersentuh hati melihat gambar sewaktu saya kecil, yang baru sahaja bangun daripada tidur, tidak lari reaksi daripada mengikut reaksi Papa sewaktu dia bangun tidur. Seolah-olah jiwa diri ini dari kecil lagi, sudah terikut jejak langkah jiwa yang akan dirindui..💙
5 tahun sudah pemergian Papa. Di sebalik senyuman kami sekeluarga, ada rindu dan kesedihan yang tak dapat diubati, kerana kesan kasihnya kepada kami terlalu besar. Syukur diberikan nikmat Islam dan Iman, kerana itulah kami berpegang kepada doa dan amalan sebagai hadiah/pengganti untuk Papa. Dan kami selamanya bersyukur kepada-Nya atas Papa sebagai pinjaman yang sempurna ini kepada kami.
Allahumagh firlahu warhamhu wa’aafihi wa’fu anhu. Jaga dia untuk kami, Ya Rabb.
Emir Sayang Papa.. tak terkata.
🌹16 Jan 1960 – 5 Mei 2016🌹
#CeritaPapa
#ArahManaSyurga”
Menerusi penulisan yang dikongsikan Wan Emir, dapat dilihat betapa sayangnya beliau terhadap arwah bapanya dek kerana kasih sayang yang pernah diberikan begitu mendalam terhadap beliau dan adik-beradiknya.
Arwah yang juga bekas Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, disifatkan sebagai seorang yang penyayang dan sangat berjiwa kekeluargaan.
Meninjau di ruangan komen, ramai yang turut berduka dan mengucapkan takziah pada Wan Emir.
Kami di Hot FM turut berduka dengan pemergian ayahanda tercinta Wan Emir. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Sumber : Instagram Wan Emir Astar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.hotfm.com.my/