Umum mengetahui sebelum ini polis Kedah memaklumkan akan memeriksa rumah yang didapati mempunyai jumlah kasut dan selipar yang banyak.
Tidak hanya setakat itu sahaja, terbaru polis Perak akan melakukan pemeriksaan kadar bayaran tol jika ada pengguna jalan raya merentas negeri sewaktu perayaan Aidilfitri.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata sekiranya transaksi bayaran tol didapati melebihi jumlah sepatutnya, pemandu akan dikenakan kompaun.
Menurutnya pendekatan itu dilakukan bagi memastikan tiada individu cuba merentas negeri tanpa surat kebenaran.
“Kadangkala mereka ini pandai, untuk elak dikesan masuk tol ini dan keluar tol itu. Sebab itu, kita akan tengok kadar bayaran tol mereka,” katanya.
Bagaimanapun, beliua berkata pemeriksaan ketat tidak dilakukan ke atas semua kenderaan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Dalam pada itu, beliau mendedahkan lebih 3,000 permohonan diterima setiap hari daripada orang ramai untuk merentas negeri dengan menggunakan pelbagai alasan.
SUMBER: Utusan Online
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://gulapop.com/