Acap kali kita mendengar luahan hati para frontliners yang bertugas menjaga pes4kit-pes4kit C0VID-19 di hospital. Kali ini, muncul pula luahan hati frontliners yang bertugas mengambil pes4kit C0VID-19 untuk membawa mereka ke pusat kuar4ntin. Menurut sebuah bebenang ciapan di Twitter, jumlah kes positif di sekitar Klang semalam mencecah sehingga 700 kes. Katanya, hanya 80 pes4kit sahaja paling maksima untuk mereka bawa ke pusat kuar4ntin di MAEPS Serdang, Hospital Sungai Buloh dan Pusat Kusta Negara dalam masa satu hari.
Sekitar Klang sahaja harini dilaporkan dalam 700 lebih kes covid positif menunggu bed. 2 org mati di rumah. Dalam 1 hari kami bole handle paling maksimum dalam 80 orang untuk trace location, pick up, dikumpulkan dan dihantar ke Maeps, Hospital Sungai Buloh dan Pusat Kusta Negara pic.twitter.com/7zPlQdi4qm
— ismihqem 🌿 (@ismihaqeem) May 6, 2021
Bebenang ciapan luahan hati frontliners ini menceritakan tentang proses-proses yang dilakukan oleh mereka untuk membawa pes4kit positif ke pusat kuar4ntin. Menurutnya, proses yang paling mencabar adalah untuk mengenal pasti keberadaan pes4kit-pes4kit tersebut. Ini kerana ada di kalangan mereka yang memberi maklumat lokasi yang salah, berlakunya salah maklumat, dan yang paling mencabar adalah ketika mengambil pes4kit bukan warganergara dek kerana perbezaan bahasa.
Setelah mereka diambil, proses saringan yang seterusnya akan berlaku di pusat kuar4ntin di mana mereka dibahagikan mengikut beberapa faktor seperti warganergara, jantina, dan sejarah peny4kit mereka sama ada kronik atau acute. Sebagai contoh, jika ada di kalangan mereka yang mengalami penyakit diabetes, mereka akan berada di zon ‘kuarantin’ yang menjadi ‘keutamaan’ para petugas kesihat4n untuk mengawal keadaan kesihat4n mereka dari semasa ke semasa.
Baca juga: [VIDEO] “Dah Tak Kisah SOP Ke..? – Netizen Persoalkan Salah ‘Siapa’ Rakyat Langgar SOP
Dia juga turut meluahkan ada di kalangan kita yang tidak percaya dengan jumlah statistik kes positif harian C0VID-19 di negara kita yang beranggapan bahawa maklumat tersebut hanyalah ‘rekaan’ semata-mata. Segelintir masyarakat mendakwa bahawa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sengaja ‘meningkatkan’ data tersebut hanya untuk ‘menakutkan’ kita. Aduhai, kemelut ini merupakan isu yang serius dan tiada masa untuk pihak berku4sa menjadikan isv ini sebagai ‘gurauan’.
Ramai orang cakap segala data yang pihak KKM tu semua tipu dan saja nak menakot-nakotkan masyarakat. Kadang-kadang sedih dengan komen netizen. Sebab kami buat kerja seikhlas hati untuk anda semua. Kalau lah angka itu menipu, better kami dduk rumah dgn keluarga itu lagi bagus pic.twitter.com/yUN6Eiwp6M
— ismihqem 🌿 (@ismihaqeem) May 6, 2021
Bagaimanapun, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah bertimbang rasa mempunyai perasaan ‘belas kasihan’ serta menghargai usaha para frontliners yang sanggup ‘berkorban’ menghabiskan masa dan tenaga di hospital untuk berbakti kepada negara tercinta demi membanteras wabak membawa maut ini.
Oleh yang demikian, seluruh rakyat Malaysia tidak kira golongan kayangan mahupun bawahan yang mengingkar arahan prosedur operasi standard (SOP), tidak mustahil Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 4.0 akan tiba. Janganlah kita menjadi salah satu negara yang akan menjadi seperti negara India yang ‘bercelaru’ akibat kes C0VID-19 yang tidak terkawal. Ingat, sentiasa pakai pelitup muka, jaga jarak 1 meter anda dan patuhilah SOP.
Penulis: Aqilah Paharuzi
Sumber: Twitter
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.koolfm.com.my/