Home Petua Tips Selain Nabila Huda, Rupanya Amy Search Ada Seorang Anak D4ra Yg Mungkin...

Selain Nabila Huda, Rupanya Amy Search Ada Seorang Anak D4ra Yg Mungkin Ramai Tidak Kenal. Memang Cantik Orangnya

85
0

Mungkin ramai yang mengenali hanya aktres Nabila Huda sebagai satu-satunya anak gadis kepada penyanyi rock terkenal, Amy Search tetapi rupa-rupanya penyanyi itu ada lagi seorang anak perempuan yang menetap di Houston, Texas, Amerika Syarikat (AS).

Sekitar 2 tahun lalu sempena ulang tahun kelahiran ke-59 Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, kisah ini mula menjadi tular apabila muncul kelibat seorang gadis sunti yang persis model itu menarik perhatian ramai netizen Instagram.

Difahamkan wajahnya pun ada iras Nabila dan mesra dengan ahli keluarga Amy yang lain. Rupa-rupanya gadis berusia 20 tahun bernama Irisha Myra itu ialah anak Amy yang kini menetap dengan bekas isteri ketiganya di AS, Roslisa Ahmad.

Amy dan Rosliza yang pernah berkahwin pada 1995 kemudian bercerai pada 2000 lalu ketika Irisha masih kecil baru berusia tiga tahun. Sebelum itu, dua lagi isteri Amy ialah Faridah Fadzil (1983-1985) dan Norliza Abdul Latiff (1990-1994).

Selepas lebih 3 tahun menduda, rocker kesayangan ramai itu kemudian mengahwini isteri keempat, Norhasliza Hassan pada 2003. Selain Nabila Huda dan Irisha Myra, Amy turut memiliki anak yang bernama Alexander Zulkarnain, Sania Samara dan Qaqa At-Tameemi.

Amy dan Norhasliza atau lehih dikenali sebagai Nourish pula kekal bahagia sehingga kini. Mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata dan kegembiraan Amy untuk menimang cahaya mata ke 4 bersama Norhasliza tidak kesampaian apabila isterinya itu keguguran sekitar 2018.

Berbalik kepada anak Amy, Irisha, apa yang menarik, Irisha Myra dikatakan telah mendapat pujian isteri Amy sekarang dan melalui media sosial apabila dia memuji gadis tersebut sebagai orang muda yang pandai membawa diri dan bersopan walaupun dibesarkan jauh di AS.

“ Buat masa ini saya lihat Irisha lebih minat dalam bidang pelajarannya di Universiti Houston, jadi biarlah dia tentukan apa yang ingin dilakukan dalam kehidupan dan masa hadapannya,” jelas Amy kepada media tempatan.

Kecantikan Irisha benar-benar terserlah sebaik meningkat dewasa. Ramai yang memuji wajahnya yang mewarisi kecantikan ibunya yang juga bekas isteri Amy iaitu Roslisa Ahmad.

Gambar Irisha bersama ibunya Roslisa Ahmad

Malah Amy luah rasa syukur kerana dapat bersama-sama Irisha Myra sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini dengan rakannya, Engku Emran dan pasangannya, Laudya Cynthia Bella.

Dari Pramugari Sampai Ratu Cantik, Inilah 3 Bekas Isteri Amy Search Yang Ramai Tak Tahu..

Jika disebut sahaja nama Amy Search, pasti umum mengenali penyanyi rock penuh aura ini. Peminat kumpulan Search serta peminat Amy sendiri bukan berada di Malaysia saja, malah di Indonesia juga ramai yang menjadikan dirinya sebagai idola.

Setelah 16 tahun berkahwin buat kali ke-4 bersama Norish atau nama sebenarnya Norhasniza Hassan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Alexander Zulkarnain, 15, Sania Samara, 14, dan Qaqa At-Tameemi, 10 tahun.

Foto: Berita Harian

Seperti yang diketahui, Amy sebelum ini pernah gagal dalam perkahwinan sebanyak 3 kali sejak di usia muda lagi. Tapi inilah hidup, kita tidak boleh menjamin, tidak pula boleh menentukannya. Kerana semua ini sudah diatur oleh Yang Maha Kuasa.

Kami mahu kongsikan kisah 3 pernikahan Amy terdahulu yang berakhir dengan perpisahan seperti yang diambil dari wikipedia.

Faridah Fadzil

Pada usia 25 tahun, Amy telah menamatkan zaman bujangnya buat kali pertama pada tahun 1983. Perkahwinan Amy pada ketika itu tidak terdedah dengan liputan media, memandangkan pada ketika itu Search belum melahirkan album lagi. Wanita bertuah itu dikenali sebagai Faridah Fadzil dan mereka dikurniakan cahaya mata, pelakon Nabila Huda. Perkahwinan ini hanya bertahan selama 2 tahun kerana mereka bercerai pada 1985.

Noorliza Abdul Latiff

Sumber: Arkibnegara.blogspot.com

Selepas 5 tahun memegang status duda, Amy memutuskan untuk berkahwin dengan Noorliza Abdul Latiff  pada September 1990 dan ada sumber mengatakan wanita tersebut bekerja sebagai pramugari MAS. 4 tahun menjalani kehidupan suami isteri namun berakhir dengan penceraian.

Walaubagaimanapun dalam tempoh perkahwinan ini, pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata.  Difaham Noorliza pernah berlakon dan pernah muncul sebagai watak tambahan dalam filem Litar Kasih (1996).

Roslisa Ahmad

Sumber: Arkibnegara.blogspot.com

Tempoh duda Amy buat kali kedua tidak lama. Hanya lebih kurang 8 bulan selepas bercerai, Amy berkahwin pula dengan Roslisa Ahmad pada Jun 1995. Seperti yang dilaporkan oleh Arkibnegara.blogspot, Roslisa pernah bergelar Ratu Cantik di Singapura. Amy & Roslisa dikurniakan cahaya mata, Irisha Myra (lahir pada 1997), dan mereka bercerai pada 2000.

Wajah Irisha ada iras Nabila dan mesra dengan ahli keluarga Amy yang lain. Irisha kini menetap dengan Roslisa di Amerika Syarikat.

Pada usia 45 tahun, Amy akhirnya bertemu jodoh dengan Norish dan mereka berkahwin pada Oktober 2003. Perkahwinan kali keempat Amy terbukti utuh dan bertahan sehingga kini.

Selepas 16 Tahun Berkahwin, Akhirnya Isteri Amy Search DEDAH Sikap Sebenar Suaminya.. Tak Sangka Langsung

Isteri kepada penyanyi rock, Amy Search iaitu Norhasniza Hassan telah mengimbas detik pahit dan manis ketika di awal perkahwinan mereka sekitar tahun 2003.

Hasniza atau mesra disapa Nourish bagaimanapun kini bersyukur dengan setiap kurniaan Allah kepada keluarganya.

“Bersyukur dgn apa yg kita ada , kerja , gaji besar , ada suami , ada anak , ada rumah , ada kereta masih boleh makan sedap , boleh shopping , boleh melancong apa lagi yg kita nk ? … Asyik complain sahaja .

“When i look back 16tahun dulu kami berkahwin tkder apa2 simple sahaja ada Mas Kahwin dan sebentuk cincin time tu dihadiri dgn kawan n saudara mara rapat )

“Alhamdullilah kami bahagia, kami kereta pun tkder time tu rumah pun menyewa Alhamdullilah kami bahagia waktu tu lepas dpt Alexander sewa rumah rm600 sahaja di Bandar Seri Putra then beli kereta Kia Spectra lepas tu upgrade Alphard , alhamdullilah bahagia sgt ..

“Selepas tu Allah bg rezeki lagi Alhamdullilah rezeki tkder lah kaya raya sgt tp Alhamdullilah . . suatu ketika Allah ambil balik dan Allah ganti benda lain Alhamdulillah kami bahagia,” tulisnya.

Dalam pada itu, Nourish juga mendedahkan sikap sebenar suaminya itu.

“Time kami kahwin tu we both hv nothing but Alhamdullilah sy bahagia saja dgn Asam Pedas , Ikan masin n Kopi ( sejak kahwin dgn dia pandai makan itu semua ) .

“I bukan kahwin Amy dia kaya raya , kereta menjalar ( walaupun nama dia besar Frankly speaking after i kahwin tu baru dpt rasakan Oh my god Im married to Amy Search ? Demi Allah lillahitallah ) dan Kira kami time tu cukup2 makan sahaja ök .

“Org tk tahu dia tkder duit tp dia relax sahaja .tp org ingat i control duit dia . Hahaa .tkper Alhamdullilah bersyukur sgt2 . . But now i MOF .

@aku.amysearch we start from O . Thanks Sayang krn kasih sayang dan kesabaran u n i jgk hahaa . We’hv made it untill this far . InsyAllah sampai Syurga Firdaus aminnn,” tulisnya lagi.

Malah, Nourish bersyukur kerana Allah telah mengurniakan seorang suami yang bersifat rendah diri.

“Ayat pertama dia dulu Amy selalu cakap i ni org kg i’ve nothing .. ? . He is so humble i tk rasa pun i kahwin dgn Rockstar . .

“Selamat membaca semua .. nk bgtau sini kalau dh jumpa jodoh kahwin saja tk payah nk tunggu kaya raya rezeki tu Allah yg aturkan,” akhirinya.

Untuk rekod, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Alexander Zulkarnain,15, Sania Samara, 14, dan Qaqa At-Tameemi, 10 tahun.

Bagaimanapun, pasangan ini tidak berkesempatan menimang cahaya mata keempat apabila Nourish mengalami keguguran pada Julai tahun lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.tehtarikkaw.com/

Previous article“Kami Jumpa Bila Perlu” Belum Sedia Tinggalkan Ibu, Elizabeth Tan, Suami Tak Sebumbvng
Next articleDah bertahun kahwin, suami asyik mengelat isteri minta jadi imam… rupa-rupanya simpan satu ‘rahsia’ – “Saya cuba bincang dengan baik”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here