Home Petua Tips Iman Troye terharu lagu ‘Pejam Celik Hari Raya’ diterima, ibu bapa dedah...

Iman Troye terharu lagu ‘Pejam Celik Hari Raya’ diterima, ibu bapa dedah anak-anak berhenti nangis tengok MV di YouTube –

112
0

PENYANYI Iman Troye teruja apabila lagu raya pertama nyanyiannya berjudul Pejam Celik Hari Raya menerima sambutan hangat pendengar.

Iman atau nama sebenar Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin, 18, berkata dia juga terharu apabila lagu itu diterima baik oleh semua peringkat usia dan berjaya mengembalikan mood raya orang ramai.

“Alhamdulillah syukur apabila lagu raya pertama saya ini menerima jumlah tontonan yang tinggi sehingga trending di laman YouTube.

“Percaturan kami lancar lagu ini sebelum bulan Ramadan kiranya menjadi, sahaja kita lancar awal sebab nak bawa vibe raya tu… masuk sahaja bulan puasa semua orang sudah dalam mood raya.

“Antara komen positif… ada ibu bapa suka tengok anak-anak mereka berhenti menangis dan menari sekali bila dengar lagu ini. Memang niat awal kita buat lagu ni untuk bagi orang happy, bila budak-budak suka, ibu bapa pun suka. Alhamdulillah semua suka,” katanya kepada mStar.

Lagu raya nyanyian Iman Troye terima sambutan hebat pendengar.

Lagu ciptaan A. Ramlee dan Ezra Kong itu menerima hampir lima juta tontonan sejak dimuat naik di laman YouTube pada 9 April lalu.

Rata-rata memuji kualiti lagu dan video muzik lagu tersebut yang disifatkan catchy dan menghiburkan.

Kalau ada yang cakap saya tak layak terima ini semua sebab muda lagi, ya saya setuju apa mereka cakap!

IMAN TROYE

PENYANYI

Malah, cabaran tarian Pejam Celik Hari Raya yang dikongsi oleh pengguna di laman TikTok menerima hampir lapan juta tontonan.

Selepas setahun bergelar penyanyi, Iman berkata dia tidak menyangka karier nyanyiannya berkembang baik dan diterima peminat.

Iman kini jadi rebutan banyak jenama dan produk.

Bukan itu sahaja, dia turut menerima tawaran menjadi duta untuk beberapa produk terkenal.

“Sejujurnya saya terkejut dengan apa yang dimiliki hari ini… memang tak jangka benda ini sebab saya rasa diri masih merangkak dalam industri.

“Kalau ada yang cakap saya tak layak terima ini semua sebab muda lagi, ya saya setuju apa mereka cakap… tapi apa-apa pun saya anggap ini semua rezeki, doa ibu ayah yang merestui dan sokongan peminat,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.mstar.com.my/

Previous article“Ya AIIah ToIong Bagi Saya Seorang Cahaya Mata…” Rintihan Pelakon Popular Siti Elizad Buat Ramai Sebak – VIDEOVIRAL
Next article“Bahagia Cara Sederhana Tapi Sangat Bermakna..” – Wargamaya Sebak Dengan Video Sambutan Hari Jadi Farid Kamil

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here