Home Petua Tips Idaman Ramai! 5 Selebriti Wanita Ini Buat Para Jejaka Kecewa Apabila Mendirikan...

Idaman Ramai! 5 Selebriti Wanita Ini Buat Para Jejaka Kecewa Apabila Mendirikan Rumah Tangga

94
0

Antara ramai selebriti yang anda kenal, pasti ada beberapa nama yang menarik perhatian sehingga kalau mereka berkahwin pun akan wujud rasa sedikit kecewa.

Betul tak?

Ini dia 5 nama selebriti wanita yang menjadi ‘pematah hati’ golongan pria yang meminati mereka:-

1) Mira Filzah

Pelakon dan pengacara ini telah memilih anak kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Mastura, iaitu Wan Emir Astar sebagai suami.

Majlis perkahwinan mereka juga khabarnya digelar ‘wedding of the year’ untuk tahun 2020.

2) Nur Fazura

Dari cinta lokasi ke jinjang pelamin, Fazura telah diijabkabulkan dengan cinta hati yang juga pelakon kacak, Fattah Amin.

Mereka dikurniakan seorang puteri bernama Nur Fatima Aisya.

3) Noor Neelofa

Namanya mulai hangat sejak mula memasuki dunia hiburan, sejak itu jugalah Neelofa menjadi perhatian ramai.

Setelah beberapa siri putus cinta, pelakon, pengacara dan usahawan tersebut telah memilih Haris Ismail atau PU Riz sebagai ‘imam’ dalam hidupnya.

4) Hannah Delisha

Tiada angin tiada ribut, pendedahan tentang Hannah sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon berasal dari Singapura mengejutkan ramai.

Pelakon cantik itu selamat menjadi suri hati Imam Shah dan majlis akad nikahnya berjaya disorokkan tanpa dapat dihidu pihak media.

5) Elizabeth Tan

Dengan tersebarnya foto-foto perkahwinan penyanyi berbangsa Cina iaitu Elizabeth Tan atau Lizzy, beliau akhirnya mengaku bahawa dirinya sudah bergelar seorang isteri.

Namun Lizzy tidak terlalu bercerita tentang kisah rumah tangganya.

Sumber: Instagram

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.hotfm.com.my/

Previous articleTahun Pertama Bergelar Isteri, Mira Filzah Raikan Aidilfitri Bersama Keluarga Mentua
Next articleTahniah! Rezeki 2021, Selebriti Ini Bakal Melahirkan Cahaya Mata Tapi Last Tu Bikin Pening!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here