Home Petua Tips Raya PKP Sebenar, Emma Maembong Sekeluarga Pakai Baju Tidur Tapi Ada Netizen...

Raya PKP Sebenar, Emma Maembong Sekeluarga Pakai Baju Tidur Tapi Ada Netizen Persoalkan

97
0

Aidilfitri tahun 2021 ini mungkin agak lain berbanding pada tahun lalu walaupun kita sudah pernah meraikan Hari Raya dalam norma baharu, tetapi kali ini agak berlainan apabila ziarah raya diperketatkan.

Disebabkan tidak boleh beraya bersama dengan keluarga besar, ada antara kita hanya meraikannya dalam keadaan sederhana sahaja.

Dalam bersederhana itu, tak sangka pula pelakon Emma Maembong sekeluarga telah mengambil keputusan untuk menyambut Aidilfitri dengan hanya memakai baju tidur sahaja.

Emma kelihatan memakai baju tidur kaftan sambil suaminya, Muhammad Shazli Azhar hanya memakai kain pelikat di pagi Aidilfitri.

Aksi lucu keluarga kecil itu turut mendapat perhatian ramai dan mereka menyifatkan bahawa Emma sekeluarga sememangnya mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) Aidilfitri yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Namun di sebalik itu terdapat segelintir warganet yang tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh pelakon drama Bicara Cinta itu.

Bagi mereka, walaupun kita dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetapi Aidilfitri tetap perlu diraikan kerana ia merupakan tanda kemenangan umat Islam selepas sebulan menahan nafsu lapar dahaga.

Jangan lah serius sangat, mana tahu video itu diambil pada pagi raya sebelum mereka bersiap ke kan, takkan lah Emma sekeluarga tak pakai cantik-cantik untuk sambut Aidilfitri kan?

Sumber foto dan video: Instagram Emma Maembong

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.hotfm.com.my/

Previous articleSambut Deepavali Ke? Ini Sebab Janna Nick Pakai Baju Berbeza Untuk Hari Raya Aidilfitri
Next article“Jumpa Di Mall” Tak Boleh Ziarah Raya, Ramai Luah Perasaan Pada Posting Instagram Jinggo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here