Home Petua Tips Cinta kembali bertaut, Da’i Farhan kembali dengan bekas isteri Fatin pada 1...

Cinta kembali bertaut, Da’i Farhan kembali dengan bekas isteri Fatin pada 1 Syawal –

89
0

HARI Raya Aidilfitri tahun ini disambut lebih bermakna oleh pendakwah bebas Da’i Nik Farhan Nik Mohamad, 31, apabila kembali disatukan dengan bekas isteri Fatin Nurul Ain Mat Aris pada 1 Syawal, Khamis.

Wanita itu menerusi Instagram memuat naik foto persandingannya dengan doa agar rumah tangga yang dibina kali kedua itu terpelihara hingga ke akhir hayat.

“Saling bermaafan memberi ketenangan Itulah akhlak Rasulullah. Hati yang memaafkan adalah hati yang bersangka baik dengan apa yang berlaku.

“Semoga apa yang berlaku sudah tertulis, tiada kebaikan untuk memendam rasa.

“Semoga masa dan hari-hari yang mendatang melupakan memori lalu. Doakan kebahagiaan kami dunia dan akhirat, ” ujarnya.

Pasangan ini mempunyai dua cahaya mata.

Pada November 2019, Da’i Farhan mencetuskan kontroversi apabila mendedahkan sudah berkahwin dengan seorang janda beranak lapan dikenali sebagai Dr Erin di Makkah.

Tindakan itu menerima kecaman netizen apabila perkahwinan itu berlaku secara rahsia tanpa pengetahuan isterinya Fatin yang sedang sarat mengandung anak kedua mereka.

Semoga masa dan hari-hari yang mendatang melupakan memori lalu. Doakan kebahagiaan kami dunia dan akhirat.

FATIN NURUL AIN

ISTERI DA’I FARHAN

Kemudian, pendakwah itu mengejutkan dunia hiburan apabila menceraikan isterinya itu dengan talak satu pada 3 Disember 2019.

Hasil perkahwinan dengan Fatin, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata yang kini berusia tiga tahun dan 15 bulan.

Bagaimanapun, hubungan dengan Dr Erin atau nama sebenarnya, Noorainul Naqim Mohd Radzi tidak berpanjangan apabila pasangan itu akhirnya berpisah pada April tahun lalu selepas lima bulan berkahwin.

Pasangan ini naik pelamin buat kali kedua.

Sementara itu, Fatin turut bersyukur dua cahaya matanya dapat menyambut hari raya dengan bapa mereka selepas setahun terpisah.

Menurut Fatin, dia sudah berada di kampung halamannya sejak melahirkan anak kedua mereka pada sekitar Februari 2020.

“Rezeki tahun lepas daripada awal berpantang sampailah raya PKP memang lama duduk di kampung.

“Tahun ni merasalah beraya di sini. Alhamdulillah syukur tahun ini Allah beri rezeki lain menyatukan hati dan keluarga kami. Walaupun PKP dapat juga anak-anak merasa hari raya bersama-sama sebagai keluarga besar, ” ujarnya.

Sementara itu, Instagram Nik Farhan tidak memuat naik sebarang foto berkaitan perkahwinan tersebut.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.mstar.com.my/

Previous articleRancangan nak bercuti sempena raya batal gara-gara PKP, Jamal Abdillah sambut Aidilfitri sederhana… utamakan keperluan anak-anak
Next articleJodoh tak panjang! Ini 5 selebriti popular Indonesia bercerai awal tahun 2021 –

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here