Sejak semalam hangat diperkatakan tular video dikongsikan netizen di media sosial mengenai keluarga selebriti popular Neelofa didakwa melanggar operasi standard (SOP) menyambut hari raya bersama keluarga besarnya.
Difahamkan, ahli keluarga Neelofa hari ini hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields untuk memberi keterangan.
Memetik laporan Harian Metro, hasil tinjauan mendapat rata-rata netizen menganggap Neelofa dan keluarga mempunyai ‘peny4kit’ sukakan perhatian.
“Attention seekers akan sentiasa buat hal agar ‘populariti’ dirinya tidak hilang dari radar peminat atau orang awam,” ujar seorang netizen.
“Dia ni ada penyakit yang sukakan perhatian. Lepas ni pasti ada lagi. Peliknya dalam rumahnya tinggal beberapa keluarga. Masa ada satu siaran yang tunjuk rumahnya, tak ada lak ahli keluarga tu,” kongsi seorang netizen lagi
Dalam pada itu, netizen turut mencadangkan Neelofa dan keluarganya dihukum bersihkan tandas atau cuci longkang serta dikenakan jumlah kompaun yang tinggi berikutan kesilapan sama berulang kali dikakukan.
“Jangan kompaun setakat ratus ribu tu, senang-senang je dia bayar. Sepatutnya mahkamah hukum, masukkan adik-beradik dia ni dalam kerja-kerja kemasyarakatan sampai beratus-ratus jam. Tukar-tukar tempat, hari ni bersihkan tandas masjid, esok tandas awam, lepas tu cuci wad kecemasan, bantu abang polis jaga sekatan jalanraya.
“Dah kata dah, dia ni laki bini, sefamili elok dipenjarakan je ikut kesalahan, atau buat kerja-kerja amal macam cuci longkang, kutip sampah, biar rakyat yang ikut SOP ni tengok diaorang buat kerja-kerja tu,” tulis netizen.
“Nampak sangat macam tak endah dan mencabar ditetapkan. Mungkin setakat denda tiada masalah,” tulis netizen lagi.
Terdahulu, Neelofa dan keluarganya dikenakan kompaun sebanyak RM60,000 atas kesalahan kegagalan mematuhi SOP penganjuran majlis sosial serta melanggar kebenaran merentas negeri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : https://www.rotikaya.com/