Home Petua Tips ‘Awek getah’ tak kisah bergelumang bau busuk setiap hari, gigih gali pengalaman...

‘Awek getah’ tak kisah bergelumang bau busuk setiap hari, gigih gali pengalaman nak sambung legasi bapa – “Mulut orang kita tak boleh tutup”

103
0

DALAM kerjaya yang biasanya dimonopoli kaum lelaki, terselit kehadiran gadis ini sehingga dia berjaya mencuri tumpuan ramai.

Mana tidaknya, Lily Nur Elliyana Mohamad, 19, yang juga anak kepada tauke getah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan mula menyambung legasi bapanya sejak dia menamatkan sekolah.

Mesra disapa Lily, anak bongsu daripada enam beradik itu mengakui tidak segan, malah bangga dengan apa yang diusahakan bapanya, Mohamad Abu Hassan, 64, sejak sekian lama.

“Selepas habis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya terus bekerja dengan ayah. Kami membeli getah daripada penoreh di sekitar Kuala Pilah.

“Dah tujuh tahun ayah buat kerja ni. Dulu masa tingkatan dua, saya selalu ikut ayah. Mula-mula jadi kerani, tolong kira duit.

Kata Lily, dia mahu bekerja dan mencari pengalaman dengan bapanya.

“Sekarang saya kerja dengan ayah, nak cari pengalaman dulu sebelum cuba kerja lain pula selepas ini,” ujarnya kepada mStar.

Menggelarkann dirinya sebagai ‘Awek Getah’ di media sosial, Lily mengakui tidak sangka perkongsian kisah hidupnya akan menjadi tular.

Selain komen pujian, dia juga tak terlepas menerima komen kecaman di aplikasi TikTok.

Mereka kata hidung saya tak berfungsi. Hari-hari dah bergelumang, saya dah terbiasa.

LILY

“Ayah sendiri kata, dia tak pernah tengok perempuan buat kerja ini. Awal-awal dulu saya kekok juga, sekarang boleh buat A sampai Z.

“Boleh tak boleh, saya buat je. Tapi ia kerja yang memenatkan fizikal. Saya tak ada niat nak famous bila kongsi video di TikTok.

“Komen negatif tu mesti ada. Mereka kata, orang lain pun buat kerja berat, tapi tak menunjuk. Tapi tak apa, saya ambil kata-kata itu sebagai pembakar semangat. Mulut orang kita tak boleh nak tutup.

Lily dan bapanya membeli getah di sekitar Kuala Pilah.

“Ada juga yang tanya pasal bau getah. Mereka kata hidung saya tak berfungsi. Hari-hari dah bergelumang, saya dah terbiasa,” ujarnya lagi.

Paling mencuri tumpuan di TikTok tentunya video memaparkan Lily duduk di bahagian belakang sebuah pacuan empat roda bersama timbunan getah yang dibeli daripada penoreh.

Kata Lily, dia bagaimanapun bersyukur apabila ramai netizen memberi komen sokongan dan mendoakan kejayaannya.

“Saya cuma nak ucapkan terima kasih. Walaupun tak kenal di dunia nyata, mereka tetap doakan saya murah rezeki dan berjaya.

“Banyak sebenarnya saya belajar bila kerja dengan ayah. Mental ayah sangat kuat, semua benda dia nak buat.

“Macam-macam ragam pelanggan pun dia hadap je,” ujarnya mengakhiri bicara.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.mstar.com.my/

Previous articleIkut petua netizen minum air sengkuang cina… isteri Tajul hampir bentan! – “Pakai berlapis-lapis selimut pun sejuk tetap tembus” –
Next article“Tah4n S4kit di ‘Lab0ur R0om’,” Ain Edruce Sempat Main TikT0k Tunggu ‘Baby’ Keluar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here