Home Petua Tips Sambut Hari Lahir Ke-16, DSV Rasa Gagal Didik Cik B Jadi Usahawan

Sambut Hari Lahir Ke-16, DSV Rasa Gagal Didik Cik B Jadi Usahawan

100
0

Semua ibu mahukan yang terbaik untuk anaknya dan sudah semestinya mereka akan berasa kecewa sekiranya usaha mereka menemui jalan kegagalan.

Begitu juga apa yang sedang dialami oleh usahawan kosmetik Dato’ Seri Dr. Hajah Vida atau lebih dikenali sebagai DSV yang kini sedang melalui fasa kecewa dalam membesarkan anak-anaknya.

Menurut posting terbaharu yang dimuat naik olehnya, DSV kelihatan kecewa dengan dirinya sendiri selepas merasai bahawa beliau gagal membesarkan Cik B menjadi usahawa yang akan meneruskan legasi perniagaannya suatu hari nanti.

“Harapan besar saya pada dia.. untuk teruskan legasi EMPAYAR NIAGA DSV.. NAMUN… SAYA RASA SAYA GAGAL BESARKAN CIK B DENGAN GAYA HIDUP YG BETUL.. DIA PERLU CEPAT MATANG..CEPAT SAMBUNG EMPAYAR NIAGA SAYA.. SIAPA LAGI SAYA NAK HARAP.. TAPI CIK B MACAM TAK MINAT NIAGA..”

“Saya nak dia tukar jadi hebat, jadi gadis jelita yang kurus putih gebu. Asyik-asyik orang tanya kenapa Cik B tak putih!”

Dalam masa yang sama DSV turut memberitahu bahawa Cik B tidak mempunyai kawan lain selain pekerja DSV dan saudara-maranya yang berada di rumah.

Mungkin DSV sendiri mengharapkan pada Cik B kerana beliau satu-satunya anak perempuan yang ada dan sudah semestinya itulah harapan besar seorang ibu kepada anaknya.

DSV turut memberitahu bahawa sebab mengapa beliau berusaha untuk mengubah imej Cik B ialah kerana soalan yang pernah diterima olehnya sebelum ini mengenai kulit wajah anak gadisnya itu.

“Saya nak dia tukar jadi hebat, jadi gadis jelita yang kurus putih gebu. Asyik-asyik orang tanya kenapa Cik B tak putih!”

Ramai pengikut DSV memberi kata-kata sokongan kepadanya dan turut menitipkan pesanan penuh makna buat usahawan jutawan itu.

Cik B masih muda lagi dan ini merupakan masa untuknya mencari haluan hidup, mana tahu satu hari nanti Cik B akan berubah menjadi seperti yang diinginkan oleh DSV?

Kata orang anak diusia remaja ni mereka masih mahu lagi explore apa yang ada disekeliling, jadi jangan lah terlalu mengharapkan mereka menjadi seperti yang kita mahu dalam masa ini.

Semoga DSV terus kuat membesarkan anak seorang diri!

Sumber foto dan video: Instagram DSV

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.hotfm.com.my/

Previous article‘Mmg Aku Tak Maafkan Dah Dua Kali Hang Buat T4hi.Wat MaIu Arwh Bapak Hang Sj’ – Anak Nora
Next article“Minta Maaf Kepada Keluarga Saya, Suami Dan Anak-Anak. Doakan Kami Semua.” – Puteri Sarah Positif Cov1d-19

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here