KUALA LUMPUR: Pelakon, pelawak dan pengarah, Ramasundran Rengan, 57, mennggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), jam 1.40 pagi tadi.
Berita pemergian pelakon yang dikenali menerusi watak Rajoo dalam sitkom Spanar Jaya itu disahkan oleh isterinya, Kamala Cheriakannan.
Kamala berkata, mendiang suami mengalami masalah bengkak di kaki disebabkan jngkitan dan alah dengan ubat-ubatan.
“Punca kem4tian tepat belum dapat dipastikan. Bdah siasat akan dilakukan hari ini untuk mengenalpasti kemtiannya.
“Mendiang suami tidak mempunyai masalah jantung. Cuma, jngkitan pada kaki mengeluarkan lendir, malah tadi. Jadi, saya memutuskan membawanya ke HKL, kira-kira jam 11.45 malam.
“Bagaimanapun, saya terkejut, sejam kemudian diberitahu suami menghembuskan nafas terakhir,” katanya kepada BH Online.
Menurut Kamala, suaminya sempat mengarahkan sebuah program travelog berkaitan produk berasaskan herba bagi siaran RTM, baru-baru ini.
“Setahu saya, kerja pengarahan program travelog sudah selesai. Cuma sekarang dalam proses penyuntingan.
“Penggambaran selesai bulan lalu membabitkan pelbagai lokasi termasuk Cameron Highlands, Pulau Pinang dan Port Dickson,” katanya.
Mendiang Ramasundran yang juga Naib Presiden Persatuan Teater Malaysia dan Penolong Setiausaha Yayasan Artis Veteran Malaysia itu mula menceburi dunia lakonan sejak tiga dekad lalu dengan membintangi pelbagai drama dan sitkom.
Menerusi perkahwinannya dengan Kamala, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber: BHOnline