SELEPAS penyanyi Datuk Nora Ariffin did4kwa berkahwin dengan seorang Menteri Kabinet, kali ini bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Mawar Karim pula dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan pemimpin politik daripada PAS.
G0sip itu menjadi perbualan hangat netizen selepas tul4r maklumat menerusi aplikasi WhatsApp mendakwa usahawan berusia 32 tahun itu berada dalam sebuah kenderaan bersama Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.
Dalam hantaran yang dikongsi netizen di media sosial, Ahli Parlimen Kuala Nerus itu dikatakan bersama seorang wanita dipercayai Mawar semasa melalui sekatan jalan raya (SJR) Perasing di Kemaman, Terengganu pada 16 Mei lalu.
Bagaimanapun, sehingga kini kedua-dua pihak masih mengvnci mulut dan tidak mengeluarkan sebarang penafian mengenai dakwaan tersebut.
View this post on Instagram
Malah usaha mStar mendapatkan penjelasan Mawar juga tidak berhasil apabila dia tidak membalas pertanyaan menerusi Instagram.
Mawar jawab salah satu komen yang ditinggalkan pengikut berhubung isu ini di laman Instagram.
Namun, Mawar menerusi ruangan komen di Instagram berkata dia enggan melayan dakw4an tersebut dan mengakui hanya berada di Kuala Lumpur.
“Adoi… letih nak baca, baik cari nasi kandar perut pun kenyang. Macam-macam cerita keluar.
“Saya dekat Kuala Lumpur saja. Ayoo lepas ni siapa pula nak create (isu),” jawabnya pada salah satu komen pengikut yang mahu mengetahui mengenai khabar angin itu.
Saya dekat Kuala Lumpur saja. Ayoo lepas ni siapa pula nak create (isu)!
MAWAR KARIM
USAHAWAN
“Salam Mawar semoga sihat sejahtera. Saya cikgu Amir, dok heboh di laman sosial dan mungkin fitnah.
“Hang tu tak tau la, mula dengan Annuar Musa (isu Nora) la ni kononnya dengan At Takiri (Khairuddin),” tanya individu berkenaan.
Rata-rata netizen yang lain juga meninggalkan komen dengan hasrat sama untuk mendapatkan penjelasan daripada Mawar berhubung isu berkenaan.
“Kenapa Mawar? Saya rasa awak perlu jelaskan, berita dah kec0h di Facebook.
“Saya datang dari SJR Perasing… betul ke Mawar ada kena tahan di SJR,” demikian beberapa persoalan yang diajukan netizen.
Mawar enggan layan fitn4h dan memberitahu hanya berada di Kuala Lumpur.
Sementara itu, Ketua Polis Terengganu iaitu Datuk Roslee Chik mengesahkan Mohd Khairuddin diperiksa ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) Perasing pada 16 Mei lalu.
Roslee berkata siasatan lanjut kini dijalankan termasuk dakw4an dan maklumat tul4r melibatkan ahli politik itu.
“Beliau ada diperiksa ketika melalui SJR itu pada 16 Mei lalu dan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman sedang melakukan siasatan berhubung kes ini,” katanya.
Siasatan penuh akan dilakukan termasuk semua mesej berangkai yang ditularkan sejak Rabu lalu bagi merungkai khabar angin dan dakw4an yang tersebar mengaitkan Mawar.
Untuk rekod, Mawar yang juga merupakan anak kepada pengasas tudung terkemuka mendirikan rumah tangga dengan Fizo pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.
Ikatan perkahwinan selama enam tahun pasangan itu ber4khir pada 10 Julai 2019.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber: Mstar