MEMILIKI wajah tampan, bertubvh sasa, kaya dan popular bukanlah faktor utama pelakon Kareena Kapoor bersetuju menjadi isteri kepada Saif Ali Khan.
Menurut laporan Tabloid, Kareena mengakui Saif turut mempunyai kekurangan diri yang tidak diketahui orang lain.
Bagaimanapun, Kareena berkata kekurangan itu membuatkan dia semakin mencintai dan menyayangi suaminya itu.
“Saif bukan orang yang sempurna… tapi itulah yang membuatkan dia nampak s3ksi, mempersonakan dan memikat. Dia lengkap segalanya,” katanya kepada Times of India.
Dalam pada itu, Kareena juga berkata suaminya kerap mengingatkan dia untuk menggunakan perkataan yang sesuai ketika sesi temubual.
View this post on Instagram
“Dia pernah cakap… sayang kamu tak boleh keluarkan ayat macam ni dekat umum jika kamu tak tahu maknanya. Jadi saya minta maaf padanya.
“Saif selalu berkata… kamu glamor, cantik! Cukup kamu tersenyum dan tak perlu cakap benda yang kamu tak faham.
“Sepanjang bersama Saif saya boleh ajak dia berbual tentang apa sahaja dan dia selalu memberikan cadangan dan pandangan terbaik,” ujarnya.
Kareena dan Saif berkahwin pada 2012, mereka dikurniakan dua cahaya mata.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : mStar