Isu kenyataan hinaan yang dikeluarkan oleh influencer, Ryzal Ibrahim yang terkenal dengan saluran Duriankimchi berkenaan pakaian masyarakat Iban tempoh hari benar-benar menjadi perbualan ramai di media sosial.
Pelbagai kecaman diterima sehingga NGO Pertubuhan Kaum Dayak telah membuat laporan polis berhubung kenyataan yang dibuat Ryzal apabila menyamakan pakaian tradisi Iban seperti kain buruk dan alas TV.
Sedar akan kesilapan, dia telah membuat permohonan maaf di Instagram dan mengakui keterlanjuran kata-katanya. Dia juga sedar banyak pihak yang telah terguris dan sangat menyesal dengan apa yang telah dikatakan.
View this post on Instagram
Dalam laporan polis yang dibuat oleh NGO tersebut, mereka menuntut agar pasangan Duriankimchi ini membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua masyarakat Sarawak khususnya Iban.
Akur dengan permintaan tersebut, Ryzal telah tampil bersemuka dengan pihak Persatuan Anak Borneo Semenanjung (PABS) dan membuat permohonan maaf secara terbuka dan dipancarkan secara langsung di laman Facebook PABS.
Selain itu, isteri kepada Ryzal, Maryam juga telah memuat naik pertemuan mereka dengan wakil PABS di IG story bagi menjelaskan kepada warganet bahawa mereka benar-benar meminta maaf diatas gurauan yang tidak disengajakan itu.
Dalam perkongsian tersebut, Maryam menulis bahawa mereka benar-benar ikhlas memohon maaf diatas keterlanjuran mereka.
Dia juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada masyarakat Iban yang sangat memahami dan menghargai sekali mereka yang tetap meninggalkan sokongan yang tak berbelah bahagi.
Terdahulu, Ryzal telah membuat sekali lagi permohonan maaf di Instagramnya dengan mengakui kesilapan tersebut.
Dia juga sedar masih ada yang tidak dapat menerima hal itu namun merayu untuk menghentikan fitnah serta kecaman terhadap bayi yang dikandung isteri kerana bakal anak mereka tidak bersalah dalam hal berkenaan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/