‘KASIH bapa sepanjang masa’… begitulah gambaran kasih sayang seorang bapa yang bersvsah-payah membesarkan anak-anak.
Peng0rbanan yang tidak ternilai itu dihargai seorang anak menerusi satu kejutan berupa jambangan bunga duit sempena hari ulang tahun bapanya.
Tiada kata-kata yang dapat meluahkan perasaan lelaki tersebut, sebaliknya hanya mampu memberi tersenyum dan mengesat air mata ketika re4ksinya dirakamkan.
Shaira Edi memberitahu, kejutan tersebut dibuat sempena hari ulang tahun bapanya ke-55 pada 17 Ogos, tetapi baru dilakukan pada 29 Ogos lalu.
Lebih dikenali sebagai Sheyra, bapanya merupakan warga Indonesia yang datang ke Malaysia pada 1988 untuk mencari rezeki, sebelum berkahwin dengan ibunya yang merupakan rakyat tempatan.
VIDEO:
View this post on Instagram
“Ayah dari dulu sampai sekarang kerja di kilang proses kayu b4lak, dan rezeki itu ayah membesarkan kami sekeluarga.
“Dulu sewaktu di sekolah, saya selalu dih1na kerana ayah seorang pendatang. Tapi ayah bekerja secara s4h di Malaysia. Memang sedih dih1na, tapi saya bangga dengan ayah atas peng0rbanannya yang begitu besar,” katanya kepada mStar.
Sheyra (kiri) bersama bapa (tengah) dan ibu t1ri ketika membuat kejutan hadiah hari jadi.
Berkongsi pengalaman, wanita berusia 23 tahun itu berkata, bapanya membesarkan mereka empat beradik di rumah k0ngsi dekat kilang kayu dan kemudian berpindah selepas adik bongsu iaitu anak kelima dilahirkan.
“Walaupun ayah tak mampu bayar yuran sekolah kami, dia tak pernah sekalipun beritahu yang dia tak dapat bayar. Ayah tetap usahakan walaupun lambat bayar.
“Nak pastikan kami bersekolah, ayah sanggup pinjam duit kat bos, atau kadang-kadang balik lambat untuk kerja lebih masa bagi dapatkan up4h lebih,” ujarnya yang menetap di Temerloh, Pahang.
Menurut anak keempat daripada lima beradik itu, bapanya yang berasal dari Sumatera, Indonesia sebenarnya belajar hidup svsah dan berdikari seawal usia lima tahun.
Bapa Sheyra (kanan) bekerja di kilang kayu.
Meng4kui bapanya adalah seorang yang garang sebelum ini, Sheyra yang merupakan usahawan kosmetik menjelaskan bahawa ia merupakan cara lelaki itu dalam mendidik anak-anak.
“Ayah begitu teg4s dalam didikan. Dia selalu m4rah saya kalau ada perkara yang dia tak suka, dia p4ntau dengan siapa saya berkawan dan saya tak boleh keluar sesuka hati.
Walaupun ayah tak mampu bayar yuran sekolah kami, dia tak pernah sekalipun beritahu yang dia tak dapat bayar. Ayah tetap usahakan walaupun lambat bayar
SHEYRA
“Saya sedih juga sebab tak dapat banggakan ayah dengan belajar tinggi-tinggi, hanya setakat SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) sebab tak mampu,” katanya sambil menambah bapa dan ibunya yang berusia 46 tahun telah berpis4h beberapa tahun lalu.
Namun kata Syira, perubahan yang tidak disangka-sangka berlaku pada bapanya selepas dia mendirikan rumah tangga pada usia 21 tahun.
Sheyra (kanan) dan keluarga bersama bapa.
“Dari seorang yang sangat g4rang bertukar jadi kelakar dan lebih penyayang. Ayah memang susah nak kata sayang. Tapi suatu hari ayah call, dia beritahu dia bersyukur dan sayang anak-anak.
“Itulah pertama kali saya dengar ayah sebut sayang, selepas saya berkahwin dan ada dua anak. Tak dapat digambarkan betapa gembiranya dan terharu saya sampai menangis,” katanya sambil menambah bapanya telah mendapat status pemastautin tetap sejak 2016.
Sehubungan itu, kata Sheyra, walaupun dilahirkan dalam keluarga susah, dia tetap bersyukur kerana dikurniakan seorang bapa yang penyayang dan bertanggungjawab.
“Susah macam mana pun ayah kita, sebagai anak kita harus bangga. Bersyukurlah Allah pinjamkan kita ada keluarga, ayah dan mak,” katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : mstar