Setiap pasangan yang bercinta sudah pastinya menyimpan hasrat untuk menghalalkan perhubungan tersebut dan hidup bersama buat selama-lamanya. Namun, sudah menjadi ‘kebiasaan’ buat pasangan apabila diuji dengan pelbagai dugaan yang mendatang. Mahu tak mahu, mereka perlu kuat menempuhinya bersama.
: Tangkap layar video
Seperti perkongsian video seorang lelaki dikenali sebagai Am di laman TikTok, menceritakan dia telah melakukan kesilapan kepada teman wanitanya sendiri. Apa yang lebih menyedihkan, lelaki ini memakai baju yang sepatutnya dipakai semasa hari bahagianya ditemani sebuah patung yang mengenakan busana bagi pihak wanita.
Mengulas lebih lanjut, lelaki ‘cekal’ ini menjelaskan dia akan memperbaiki segala kesilapan yang pernah dilakukan selama ini dan meminta maaf atas kesalahan yang pernah dilakukan.
Pada masa yang sama, lelaki ini turut memberikan pesanan pendek kepada orang ramai supaya menghargai pasangan sendiri dengan sebaik mungkin.
Untuk korang yang tengok video ni, bosan tu sekejap je. Menyesal tu lama, selagi ada pasangan hargai sebaik mungkin.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sempat memberikan kata-kata semangat buat lelaki ini supaya tidak berputus asa dan memberi ruang terlebih dahulu kepada pasangannya.
Sumber: Am
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : oBulan