Hari ini Shuib ziarah pusara arwh dan ciapannya “Boleh jumpa cuma lain suasana” tulisnya.
Sudah 26 hari sudah pemergian arwh dan saat kerinduan terubat juga bila hanya pusara menjadi teman.
Ada ciapan dari netizen yang memberi kata kata kebaikan untuk Shuib sejak perginya arwh.
“Setiap kali tengok shuib . Mesti sebak . Semoga Allah beri kekuatan kepada shuib dan semua yang kehilangan insan tersayang ”
“Sampai masa tuan akan ketemu bidadari tuan di tempat yg lebih indah. insyaAllah tuan.”
“Sama mcm saya tahun lalu …. Hilang seorang sahabat … faham perasaan tu,pergi kvbur dapat luah segalanya rasa lega.Walaupun beza alam, Apa apa pun salam takziah untuk shuib… yg boleh ubat segalanya hanyalah dengan masa … semoga terus kuat ”
Lihat video
View this post on Instagram
Shuib cemburu dengan arwh
Pemergian penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raissuddin amat dicemburui apabila terlalu ramai insan dikenali mahupun tidak dikenali menitipkan doa buatnya.
Shuib berkata, dia juga tertanya-tanya apakah kebaikan Allahyarham ketika hayatnya.
“Bertalu-talu saya mendapat mesej dan video dari seluruh pelusuk negara yang menganjurkan bacaan Yassin dan doa selamat buat rwah. Tidak kurang juga menghantar gambar memaklumkan soal hajat dilakukan. Malah, ada sebahagiannya daripada nombor telefon yang tidak saya kenali.
“Apakah kebaikan arwah isteri hingga semua orang mahu mendoakan keajaiban dan kesembuhan buatnya? Perkara ini membuatkan saya tertanya-tanya dalam diri sendiri.
“Terlalu ramai ambil tahu mengenai perkembangan arwah. Benar, saya ‘cemburu’ dengan pemergiannya,” katanya.
Menurut Shuib, dia reda dengan pemergian arwh cuma kenangan bersama arwh yg menjadi noltalgia dalam jiwanya bersama dengan anak anak.
“Kami pernah bercakap soal kemtian. Malah, arwah isteri pernah cakap kalau boleh mahu meninggl dunia pada hari Jumaat iaitu penghulu hari. Dia mahu mendapat ‘husnul khatimah’ dan lepas seksaan kbur.
“Jika ikutkan, saya reda seandainya Allah mengambil nywanya ketika nazak dan paras bacaan oksigen menurun pada hari Jumaat. Namun, Allah memberikan arwah sedikit masa lagi untuk hidup. Akhirnya, hari ini arwah pergi juga,” katanya.
Komen komen lain dari netizen yang menyentuh hati
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : Ig Shuib