Penyanyi Siti Nordiana tidak menafikan keunikan yang ditampilkan Bunga Isme dalam nyanyian sebagai antara sebab dia memilih bintang muda itu untuk sama-sama tampil di dalam single baharu, Amaran.
Menurut Siti Nordiana atau Nana, penampilan Bunga juga menerusi single berkenaan juga sebagai hasrat lama yang berjaya direalisasi.
“Saya suka tengok caranya rap dan dia seorang yang comel. Lazimnya kita tengok dia buat rap dengan mengenakan baju kurung. Bagi saya itu istimewa dan unik. Itulah yang saya nampak.
“Jujurnya, lagu ini pun sudah setahun kami rancang. Cuma kerana komitmen terhadap lagu masing-masing sebelum ini, menyebabkan hanya sekarang dapat dilancarkan.
View this post on Instagram
“Malah saya sendiri sudah lama berhasrat untuk ada sebuah lagu yang mempunyai elemen rap daripada seorang penyanyi perempuan.
“Kami rakam lagu tersebut September lalu. Cuma bila kami terima demo awal, ada satu bahagian melodi yang terkurang di bahagian ‘bridge’ jadi bila ditambah baik inilah hasilnya,” kata Nana.
Penyanyi berusia 37 tahun itu berkata demikian pada majlis sidang media pelancaran lagu tersebut di TGV 1 Utama, Petaling Jaya, pada Jumaat.
Berkongsi lanjut, Nana juga akui tidak suk4r untuk mencipta keserasian di antara mereka.
“Tak sus4h untuk dapatkan keserasian bersamanya. Bukan tak pernah jumpa pun sebelum ini. Cuma bila dapat bekerjasama buat pertama kali, dia baik budaknya. Sopan dan mudah untuk diajak berbual.
“Malah bila sesi rakaman pun, kami saling berkongsi idea. Dia faham apa yang kita mahukan,” jelasnya lagi.
Lagu Amaran yang berentak EDM Nusantara dan Trap dicipta oleh Mas Dewangga dan Firdaus Rahmat di samping Bunga sendiri kini boleh boleh distrim di semua platform media sosial.
Malah muzik video rasminya yang dilancarkan di YouTube sejak semalam sudah pun ditonton lebih 100,000 kali.
Sumber: MH
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : https://www.sinarviral.kini.blog/