Home Petua Tips Gelang emas ada besi, betul ke? Rasa tert1pu ketika beli barang kemas…...

Gelang emas ada besi, betul ke? Rasa tert1pu ketika beli barang kemas… nasihat pengurus kedai ini, elok ‘ringan mulut’, gali ilmu dulu

106
0

BARANG kemas yang diperbuat daripada emas sentiasa menjadi rebutan ramai apatah lagi di musim perayaan atau sewaktu harga galian tersebut merudum.

Namun dalam asyik membeli barangan emas tersebut ada diantara mereka yang terpedaya dek kerana kurangnya ilmu berkaitannya.

Spring dalam gelang jenis bagle.

Justeru itu seorang pengurus kedai emas mengambil peluang untuk berkongsi sebuah video di laman sosial medianya.

“Akak beli dengan kawan tapi dia tak beritahu ada besi dalam tu”, ini k3s kedua bulan ni,” tulisnya di media sosial.

Bercakap kepada mStar, Pengurus Kedai Emas Faiz dari cawangan Perlis, Muhd Fahmi Ismail berkata, video tersebut sebenarnya bertujuan untuk berkongsi pengalaman pelanggan yang hadir ke kedai mereka untuk menjual semula emas yang telah dibeli.

Menurutnya, masih ramai pengguna yang tidak sedar bahawa gelang jenis “bangle” yang dibeli mereka mempunyai spring besi.

“Dalam bangle memang ada spring besi untuk kuatkan (gelang) sebab emas 916 lembut, cumanya masih ramai yang tak tahu.

“Bila mereka datang kedai, kami akan buka besi spring tu dan kira berat asal je, jadi disitu mereka akan kec3wa sebab dah beli dengan harga yang agak tinggi.

“Untuk mereka yang tak pernah berurus niaga membeli emas, kebiasannya mereka akan rasa terkejvt dan tert1pu,” katanya.

Video:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Menurut Faiz, sesetengah penjual juga kadangkala mengambil kesempatan untuk menjual gelang terbabit berdasarkan berat keseluruhan gelang – bukannya berat emas pada gelang terbabit.

Jelasnya, walaupun berat spring tersebut kelihatan kecil, nilainya tetap besar jika dibandingkan dengan harga emas.

“Contoh barang kemas berat lima gram, spring besi 0.80 gram, ikutkan kedai perlu kira berat lima gram je, tapi mereka akan total 5.80 gram, sekali dengan besi.

“Tapi bila time nak jual, kedai pembeli macam kami akan buka besi jadi berat asal lima gram sahaja.

“Sebenarnya 0.80 gram tu banyak, jika dikira 0.80 gram tu emas harganya boleh cecah RM175,” katanya bagaimanapun kiraan harga emas itu perlu mengikut nilai pasaran semasa.

Spring tersebut luntur warnanya apabila disokong pada permukaan yang kasar.

Menurut Muhd Fahmi, pengguna yang ingin membeli emas perlulah mempunyai ilmu untuk mengelakkan daripada dit1pu.

“Nak salahkan penjual 100 peratus pun tak boleh juga, selalu kedai memang tak akan sebut (pasal spring) tapi kalau customer tanya mereka akan mengaku.

“Sebab tu nak beli emas pun kena ada ilmu.

“Tips dia, pembeli kena ringankan mulut untuk bertanya, untuk gelang bangel mostly memang ada spring dalam tu, tak berat tapi kalau dikira dengan nilai total emas, harga akan jadi lebih mahal berbanding harga yang sepatutnya,” katanya.

Muhd Fahmi berharap video perkongsiannya akan sedikit sebanyak membuka mata masyarakat untuk lebih peka dan mendalami ilmu tentang emas.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber: Mstar

Previous articleTampil ‘Edgy’ Dengan Stail Rambut Hampir Bot4k, Ini Penjelasan Dari Emelda Rosemila
Next article“Macam Kemb4r…”,- Haqiem Rusli ‘Call’ Hanis Zalikha Untuk Beri Kejvtan Buat Isteri!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here