Home Petua Tips Anak Gmie Pelik Vida Buka Cerita Arwh Bapa Minta Bntuan, Syak Wujud...

Anak Gmie Pelik Vida Buka Cerita Arwh Bapa Minta Bntuan, Syak Wujud Slah Faham

93
0

TIDAK pernah meminta sumbangan atau meminta-minta, anak kepada Allahyarham Gmie Screen menafikan pernah memohon bantuan kewangan kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Vida.

Menurut anak sulungnya, Siti Hadirah apa yang diberitahu Vida tentang wakil arwah meminta bantuan hanya salah faham apabila ada pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan terhadap kesihatan bapanya.

Gmie dan keluarganya tidak pernah meminta bantuan daripada mana-mana pihak.

Gmie dan keluarganya tidak pernah meminta bantuan daripada mana-mana pihak.

“Sebenarnya itu semua salah faham, abah tak ada minta bantuan. Tetapi ada kenalan abah nak tolong dan dia bekerja dengan individu yang berpangkat tinggi.

“Wakil daripada individu berkenaan bertanya tentang keadaan abah kepadanya dan dia buat surat untuk meminta bantuan dengan menggunakan nama abah. Tetapi surat itu bukan abah, saya atau ahli keluarga lain yang keluarkan, semuanya kenalan abah yang buat.

“Abah takut kalau orang lain fikir seperti dia mahu mengambil kesempatan dengan menggunakan popularitinya untuk mendapatkan sumbangan dari peminat. Kami sekeluarga memang langsung tak pernah meminta sumbangan daripada mana-mana pihak,” katanya kepada mStar.

Gmie atau Hajmi Ibrahim menghembuskan nafas pada pukul 2.30 pagi Jumaat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Sebab dalam sebulan lepas, dia pernah cakap pada saya ‘balik cepat rumah abah, nanti abah dah tak ada… kau tak ada’.

SITI HADIRAH

ANAK ALLAHYARHAM GMIE SCREEN

Allahyarham meninggal dunia pada usia 50 tahun akibat penyakit buah pinggang berlubang.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Medan Sijangkang, Selangor sekitar jam 10.30 pagi Jumaat.

Sementara itu, Siti Hadirah memberitahu bahawa arwah bapanya menggunakan wang simpanan sendiri untuk menyara keluarga sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam masa yang sama, Siti Hadirah yang bekerja sebagai seorang guru di Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun Baharu, Klang turut membantu dari segi kewangan keluarga dan adik beradiknya.

Allahyarham sebelum ini pernah bekerja sebagai seorang kerani kerani di Wesport, Klang.

“Waktu abah start sakit dulu dia minta cuti, lama-lama terus berhenti kerja sebab keadaannya yang semakin teruk. Abah ada duit simpanan untuk menyara kami sekeluarga dan dalam masa yang sama, saya tolong abah sepanjang PKP.

Siti Hadirah sering berkunjung ke rumah arwah bapanya sebelum pulang ke rumah sendiri.

Siti Hadirah sering berjumpa dengan arwah di kediamannya sebelum pulang ke rumah sendiri.

“Abah tak pernah minta bantuan, tetapi jasa baik daripada orang kampung… ya Allah, semua orang yang kenal abah. Mereka tolong abah dengan memberi bantuan dari segi makanan, wang dan barang,” ujarnya.

Berkongsi kenangannya terakhir bersama arwah, kata Siti Hadirah, arwah sering meminta dia pulang ke rumah sejak sebulan lalu.

Katanya lagi, arwah seolah-olah mahu anak-anaknya berada di rumah dan menghembuskan nafas terakhir bersama keluarga.

“Sejak seminggu ni abah selalu cakap balik sini cepat (ke rumah dia) setiap kali saya nak balik ke rumah sendiri. Sebab dalam sebulan lepas, dia pernah cakap pada saya ‘balik cepat rumah abah, nanti abah dah tak ada… kau tak ada’.

“Kalau boleh abah tak nak meninggal di hospital, dia nak meninggal di rumah di samping keluarga dan dikebumikan bersebelahan dengan kubur arwah ibunya.

“Kali terakhir saya bercakap dengan abah pada malam Khamis, nurse minta tolong video call dan dia cakap abah dah tak larat, abah dah penat,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : mStar

Previous articleSelalu layan tempahan gubahan, kini giliran bakal pengantin tunjuk skill di majlis sendiri… maaf terpaksa tolak order Disember sebab ‘clash’
Next article“Dua-dua cantik dan anggun”. – Busana songket Erra, Lisa curi tumpuan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here