Sesebuah perkahwinan itu akan kekal bahagia jika pasangan tersebut sentiasa percaya antara satu sama lain dan sentiasa menyokong apa jua pasangan anda perlukan. Itu adalah resepi perkahwinan yang berkekalan.
Perkahwinan orang dulu2, zaman datuk nenek kita dulu memang bahagia walaupun sudah menjangkau puluhan tahun, malah ada pasangan datuk nenek kita sampai 70-80 tahun usia perkahwinan mereka.
Seperti pasangan mempelai yang telah menyambut Ulang Tahun Perkahwinan mereka yang ke 73 tahun, majlis tersebut disambut dengan meriah seperti pasangan veteran itu baru berkahwin. Menyarung baju songket dan siap disediakan pelamin bersanding.
Majlis bersanding semula itu disediakan oleh anak cucu pasangan veteran tersebut sempena ulang tahun perkahwinan mereka dan dihadiri oleh keluarga mereka.Video tersebut dimuatnaik di aplikasi Tik Tok milik cucu2 beliau yang mendoakan kebahagiaan mereka ke syurga.
Video:
Menjengah ke ruangan komen, ramai warga net yang mendoakan kesejahteraan buat pasangan tersebut dan mendoakan juga semoga mereka dikurniakan kesihatan yang baik. Selain itu ramai juga yang turut gembira dan teruja dengan usia perkahwinan mereka.
Komen Netizen:
Sumber : Tiktok
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : SV