Niat seorang anak nak hadiahkan cucu kepada orang tuanya terganggu apabila dia dikejutkan dengan kelahiran sepasang adik kembar dua bulan selepas anaknya lahir.
Dia juga telah berkongsikan video yang melihatkan anaknya itu bersama dua lagi bayi kembar yang dikatakan adik barunya.
Video yang dikongsikan melalui laman TikTok oleh saudari Fatin ini telah membuat ramai ‘cair’ melihat kecomelan anak wanita ini bersama saudara kembarnya itu.
Dengan kapsyen “abah lawan anak gais”, video postingnya yang berdurasi 15 saat itu telah berjaya meraih 670.4 ribu jumlah tontonan dan 59.7 ribu like!
Video:
Jika dilihat melalui video tersebut, anak saudari Fatin lahir pada bulan April tahun ini. Kemudian, pada bulan Jun abahnya pula menimang cahaya mata bukan satu tapi dua! Kembar seiras ya!
Ramai yang terhibur dengan video ini hingga meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen. Ada yang memuji kecomelan tiga orang bayi tersebut. Namun, ramai juga yang berkongsikan pengalaman yang sama terjadi dalam keluarga masing-masing!
Komen Netizen:
Selain memuji gelagat ketiga-tiga bayi comel itu, ada juga yang dah siap bayangkan lagi betapa rapatnya nanti hubungan mereka. Ya lah sebaya kan…mesti pergi sekolah sama-sama, dah besar pun grad sama-sama, bukan kembar dua dah ni macam triplets! Comel je!
Sumber : Lobak Merah
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : http://www.sinarviral.com/