Home Petua Tips “Bukan Bercuti..” -Edry Bawa Keluarga Pind4h Eropah Tahun 2018! Ini Puncanya

“Bukan Bercuti..” -Edry Bawa Keluarga Pind4h Eropah Tahun 2018! Ini Puncanya

101
0

Edry Abdul Halim, salah seorang anggota kumpulan trio KRU, menjalani kehidupan baharu di Eropah bersama keluarganya.

Edry, 41, berkata, tindakannya itu bertujuan untuk memberikan pendidikan terbaik kepada anak ketiga beliau, Emery yang merupakan penghidap autisme.

Malah, penyanyi yang juga komposer terkemuka ini sudah mengadakan perbincangan dengan keluarganya susulan keputusan yang diambil, mengenangkan anak kecil berusia 10 tahun itu yang masih belum dapat bertutur.

“Selama ini, kerja saya mengajar orang lain. Saya tertanya-tanya, kenapa tidak saya tumpukan perhatian penuh kepada anak istimewa sendiri. Demi masa depannya, kami sekeluarga sedia berhijrah, mungkin untuk setahun dua dahulu.

“Saya dan isteri belum putuskan lagi lokasinya, tetapi di Eropah. Bukan tiada pusat pendidikan yang bagus di sini, namun kemudahan untuk kanak-kanak autisme di sana lebih lengkap.

“Sepatutnya kami bertolak bulan depan, sehari selepas Konsert Gergasi KRU 25. Disebabkan puasa dan raya sudah dekat, kami tangguhkan pemergian selepas Aidilfitri,” katanya dalam sidang media khas yang berlangsung di ibu kota, pada 19 April 2018.

Dalam majlis sama, beliau bersama dua abangnya, Datuk Norman dan Yusry mengumumkan pembubaran kumpulan KRU selepas konsert terakhir mereka pada 6 Mei 2018.

Konsert bersempena ulang tahun ke-25 penubuhan kumpulan adik-beradik itu bakal berlangsung di Istana Budaya sebagai simbol ucapan ‘selamat tinggal’ kepada para peminat yang menyokong pembabitan mereka selama ini.

Dalam pada itu, Edry menegaskan, pengunduran itu merupakan kata sepakat ketiga-tiga mereka apabila menyedari tiada apa lagi yang ingin dicapai selepas 25 tahun penglibatan dalam dunia muzik, termasuk komitmen kehidupan berkeluarga yang perlu diberi perhatian penuh.

“Kami tidak pernah merancang untuk mengucapkan selamat tinggal kepada nyanyian selepas 25 tahun bersama, tetapi sudah tiba masanya kami berundur. Saya sendiri ingin memberikan sepenuh tumpuan kepada keluarga terutama Emery.

“Dari segi bisnes, kami tetap usahakan bersama-sama dengan bantuan teknologi. Segala tugasan penerbitan dan sebagainya akan tetap diteruskan seperti biasa. Terima kasih kepada semua yang menyokong KRU sejak 25 tahun lalu,” kata Edry yang juga bapa kepada empat orang anak.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.malaysiatime.me/

Previous article“Taknak kalah!”- [VIDEO] Wanita Kongsi Hadiahkan Seorang Cucu, Tapi ‘Balasan’ Abahnya Buat Ramai Dek4h!
Next article“Datang mcm semut minta t0long,T4mak nak dvit!”- ChefWan Ger4m Bayar M4hal,Orang Gaji Tak Buat Kerja

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here