Home Petua Tips “Datang mcm semut minta t0long,T4mak nak dvit!”- ChefWan Ger4m Bayar M4hal,Orang Gaji...

“Datang mcm semut minta t0long,T4mak nak dvit!”- ChefWan Ger4m Bayar M4hal,Orang Gaji Tak Buat Kerja

99
0

Baru pulang daripada bercuti, perlu hadap rumah kotor pula. Begitulah situasi yang dialami oleh cef selebriti popular, Chef Wan yang terpaksa menahan sakit mata akibat keadaan balkoni rumahnya yang kotor selepas pulang daripada bercuti di Turki.

Hal tersebut berlaku gara-gara pembantu rumah yang diupah untuk mengemas rumah dilihat tidak menjalankan tugas seperti yang diamanahkan.

“Bukan luas pun balkoni ibu saya untuk dicuci dan berus lumut-lumut ini dalam masa seminggu. Adakah ia permintaan yang berlebihan? Saya perhati dari sebelum dua minggu pergi Istanbul tak dibasuh. 10 hari balik sampai berlumut bawah pasu tu pun tak disental dengan panjang tu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)


“Gaji RM1800 tiga kali seminggu untuk bekerja empat jam sehari dan saya masih perlu uruskan hal ini? Jadi saya perlu buat sendiri? Saya rasa bersalah pecat pekerja, saya suka nak tolong mereka. Tetapi kenapa saya perlu lalui semua ini?

Sedangkan ada banyak hal yang perlu saya risaukan atau orang gaji curi macam-macam.“Apa masalahnya dengan mereka ini? Mereka tak tahu ke apa itu amanah kerja dan tanggungjawab untuk sempurnakan tugas-tugas mereka?

“Jujurnya saya penat jadi baik, murah hati, bertimbang rasa dengan jenis-jenis manusia seperti ini. Ya Allah, berat sangat ujian saya setiap hari,” kongsinya di Instagram baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)


Dalam pada itu, Chef Wan turut memberitahu yang dia bertemu ramai individu bersikap negatif tatkala cuba untuk sentiasa positif.“Apabila kamu cuba untuk menjadi individu positif, kamu terjumpa mereka yang negatif di sekeliling kamu.

Mereka datang kepada kamu seperti semut minta belas kasihan dan pertolongan. Apabila dibantu, lain pula sikap mereka masing-masing.“Buat lah banyak-banyak kerja kotor itu… suatu hari ia akan menghantui kamu semula dan kamu akan berterima kasih kepada saya kerana bercakap tentang hal ini.

Ingat tak kan rugi manusia yang buat kebaikan,” katanya lagi.

Sumber:Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.applehijau.com/

Previous article“Bukan Bercuti..” -Edry Bawa Keluarga Pind4h Eropah Tahun 2018! Ini Puncanya
Next articleDid4kwa Nampak ‘Baby Bump’, Instagram Eyra Hazali Mula Dibanjiri Ucapan Tahniah – ‘Tak Sabar Nak Tengok Adik Hayder’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here