VIDEO para ibu atau isteri menyiapkan bekal buat suami dan anak-anak seringkali menjadi antara video yang akan menjadi perhatian di media sosial.
Bukan hanya makanan, bekas yang digunakan juga sentiasa akan diteliti oleh netizen.
Bekal makanan Rahel yang disediakan kak Ain.
Antara wanita moden yang video bekalnya sentiasa dinantikan ramai adalah ibu kepada seorang kanak-kanak berusia tiga tahun, Rahel Muhaidi.
Jom pek bekal Rahel – tajuk ini menjadi trademark bagi video-video yang dikongsikan Nurulain Jalil, 35, di laman sosial medianya.
Bercakap kepada mStar, Nurulain berkata dia akan cuba sedaya upaya untuk menyediakan bekal buat anaknya yang dihantar ke rumah pengasuh.
“Ada hari akak terlajak juga tapi tak kerap, sebulan tu ada la dua atau tiga kali tapi akak akan bagi duit makan… bayar masa nak bayar duit asuhan.
“Kalau bulan tu tak ada miss bekal, duit tu akak anggap sebagai duit poket pengasuh je,” katanya yang menetap di Kuala Lumpur.
Bekerja sebagai seorang pengurus di Springhill, Port Dickson, wanita yangg mesra dipanggil Kak Ain ini berkata, dia kebiasaannya akan masak lauk buat anaknya itu pada malam hari sebelumnya dan kemudian makanan tersebut akan dipanaskan keesokan hari sebelum dijadikan bekal.
“Nasi biasanya akak akan masak pvkul7 pagi dan kalau tak masak malam sebelum tu akak akan bangun pvkul4 pagi untuk siapkan bekal Rahel,
“Memandangkan Rahel akan duduk dekat rumah pengasuh dari 7.30 pagi hingga 7.30 malam, akak memang akan sediakan portion untuk dua, tiga kali makan,” katanya.
Video:
View this post on Instagram
Idea bagi menu masakan katanya, diambil dari media sosial selain bergantung kepada keadaan semasa anak kesayanganya itu.
“Selalu saya akan tengok dekat Instagram, page mak-mak yang niche memang buat makanan baby dan kanak-kanak, atau saya akan tengok keadaan Rahel, contoh kalau dia dem4m, saya masakkan menu yang berasaskan sup.
“Selain tu kena juga tengok stok makanan yang ada di rumah,” katanya.
Kak Ain bersama keluarga kecilnya.
Menurut Kak Ain, anaknya itu jarang menolak bekal yang disediakan dan kebiasaannya makanan yang dibekalkan akan habis dimakan.
Selain Rahel, Kak Ain juga meluangkan masa untuk menyediakan bekal makanan buat dirinya serta suami.
“Untuk diri sendiri dan papa Rahel, akak akan sediakan lauk-lauk biasa dengan nasi, kadang kalau sempat akak akan sediakan breakfast sekali,” katanya.
Bekal makanan kak Ain dan suaminya.
Berkongsi mengenai bekalnya yang mempunyai pelbagai fungsi, bentuk dan corak itu, Kak Ain berkata kebanyakan bekal ini dibeli dari laman Shopee atau laman web khas yang menjual lunchbox itu sendiri.
Katanya, selain menarik minat anaknya untuk makan, bento atau lunchbox dengan corak yang unik ini turut memberi semangat kepada dirinya untuk terus menyediakan bekal.
“Akak memang peminat bento atau lunchbox dari zaman bujang lagi, ada beberapa bento yang akak kumpul dari dulu tapi tak sebanyak sekarang sebab kekangan tempat simpan dan kewangan.
“Bila banyak bekal, ya, akak jadi lagi semangat nak sediakan bekal, Rahel pula bila nampak bekal dia terus autom4tik berselera sebab dari umur setahun akak ajar dia makan dalam pinggan cantik-cantik dan berhias,” katanya.
Mengakui hobinya ini kadangkala menyebabkan dia dileteri oleh suaminya, Kak Ain bagaimanapun berjaya memujuk pasangannya itu dengan memastikan bekal-bekal yang dibeli disusun rapi.
“Akak tak pernah kira ada berapa bekal tapi kalau beli, akak akan sentiasa elak dari beli bekal yang lebih kurang sama, akak akan cari yang jenis lain.
“Suami akak memang bebel, lelaki mana faham, tapi sebab akak dah susun elok-elok dia tak bising,” katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber: Mstar