Home Petua Tips Banjir cecah paras leher, peniaga pisang goreng sanggup cari dan cuci semula...

Banjir cecah paras leher, peniaga pisang goreng sanggup cari dan cuci semula bekalan dihanyut arus deras

120
0

DEMI kelangsungan hidup, rakyat yang terjejas tervk akib4t banjir sanggup melakukan apa saja.

Dalam situasi banjir mencecah paras dada, seorang bapa bersungguh-sungguh membersihkan beberapa tandan pisang yang dihanyutkan arus deras.

Tandan pisang yang dibersihkan kemudian diletakkan di dalam perahu, dengan harapan sumber rezeki itu dapat membantu menyara kehidupannya sekeluarga.

Berkongsi pengalaman, anaknya, Siti Ismadiana Hajarudin berkata, banjir melanda kampungnya di Bera, Pahang pada minggu lalu dengan air naik mendadak sehingga paras leher.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Namun, gadis berusia 21 tahun itu tidak menyangka rumahnya ditimpa banjir sehari selepas bapanya yang juga peniaga pisang goreng membeli bekalan beberapa tandan pisang.

“Ayah dan mak berniaga pisang goreng di gerai di bandar Bera sejak dua tahun lalu. Sehari sebelum banjir, ayah beli banyak pisang antara lima hingga enam tandan.

“Beli awal sebab nak peram dan buat persiapan awal untuk berniaga. Tapi tak sangka pula banjir sampai paras leher,” katanya kepada mStar.

peniaga pisang banjir 2

Air boleh mencecah paras leher.

Berikutan banjir itu, dia yang lebih mesra disapa Diana berkata, bekas yang digunakan bapanya untuk menyimpan bekalan pisang yang diletakkan di luar rumah telah hanyut dibawa arus deras.

“Syukur hanyut dalam jarak lima rumah je. Masa tu air dah surut ke paras dada, ayah guna perahu bersama saya ke hujung jalan untuk ambil bekas tu yang sudah dimasuki air.

“Ayah pergi ambil dan bersihkan kesemua tandan pisang sebelum diberi kepada makcik (ibu saudara) yang juga berniaga gerai. Tempat tinggal makcik tak dilanda banjir.

“Ini kerana ayah masih tak boleh berniaga kerana banyak peralatan berniaga terjejas, malah ada yang perlu diganti. Rumah pun berlumpur akib4t banjir,” ujarnya yang berasal dari Bera.

peniaga pisang banjir 4

Gerai pisang goreng di Bera.

Menurutnya lagi, dia turut membantu ibu bapanya berniaga seperti pisang goreng, keropok, keropok lekor, karipap dan kerabu maggi serta minuman.

“Sebahagian daripada makanan dan minuman disediakan dari rumah. Dengan keadaan banjir di rumah, akan mengambil masa untuk ayah kembali berniaga.

Keutamaan sekarang adalah sumber rezeki keluarga kami, bergantung pada jualan pisang goreng dan makanan lain di gerai

SITI ISMADIANA HAJARUDIN

“Tapi kami perlu segera berniaga kerana itu punca rezeki keluarga kami,” katanya sambil menambah bapanya yang berusia 50 tahun itu sebelum ini merupakan pemandu lori.

Diana berkata, situasi banjir di kawasan perumahannya berdekatan Sungai Teriang mulai surut selepas banjir memasuki hari keempat.

peniaga pisang banjir 3

Diana (tengah) bersama bapa (kanan) dan ibu (kiri) dan ahli keluarga lain.

“Banyak kali juga kawasan rumah kami dilanda banjir kerana kedudukan belakang rumah yang dekat Sungai Teriang. Malahan, tahun ini saja dah dua kali berlaku banjir, awal dan akhir tahun.

“Tapi banjir kali ini lebih burvk sehingga banyak perabot di rumah seperti almari dan kabinet TV tak boleh digunakan lagi.

“Tapi keutamaan kami sekarang adalah sumber rezeki keluarga kami, bergantung pada jualan pisang goreng dan makanan lain di gerai,” katanya.

Terdahulu, Diana memuat naik tiga video yang menunjukkan bapanya mengharungi banjir bagi mendapatkan bekalan pisang, di aplikasi TikTok.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : mStar

Previous articleAbang Viva Nafi Kutip Dana, Minta Duit Dari Media – “Saya Bergerak Solo, Mohon Hati-Hati!”
Next articlePengantin 0KU didukung, Undang seb4k orang ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here