MUS1BAH bencana banjir yang melanda negara terutama di kawasan Lembah Klang dan Selangor sejak 19 Disember lalu masih bersisa.
Ramai lagi penduduk yang terjejas terpaksa mengerah kudrat membersihkan kediaman masing-masing apabila rumah yang menjadi tempat perteduhan daripada panas dan hujan terjejas tervk dibadai banjir lumpur, sekali gus ‘memb4ham’ segala isi yang ada di dalam rumah.
Sejak dari hari pertama negara dihurung dvka dengan bencana banjir, pelbagai bantuan disalurkan bukan sahaja dalam bentuk barangan, bahkan tenaga dan masa.
Tanpa mengira status, masing-masing berpusu-pusu ke titik kawasan terjejas untuk menghulurkan bantuan, termasuk para golongan selebriti yang sama-sama turun padang memberikan sumbangan sewajarnya.
Siti Nurhaliza hilang kata-kata
View this post on Instagram
Antara selebriti terawal yang tampil memberikan sumbangan dan bantuan adalah penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K.
Biarpun bergelar diva popular negara, Siti tidak bertangguh untuk turun padang mered4h banjir di beberapa kawasan sekitar lembah Klang bagi menghulurkan bantuan kepada m4ngsa yang terjejas.
Siti menerusi satu hantaran Instagram dilihat menaiki kenderaan pelbagai guna melalui kawasan banjir di sekitar Shah Alam bersama suami serta beberapa kakitangan lain.
Berada di lokasi kejadian, pelantun Aku Bidadari Syurgamu itu mengakui gemuruh dan hilang kata-kata melihat bencana alam yang hadir tanpa didvga.
“Ya Allah, saya tak terkata. Semoga Allah permudahkan dan lindungi m4ngsa-m4ngsa banjir. Gemuruh melihat betapa tingginya air banjir ini. Saya doakan semua selamat,” katanya dalam video tersebut.
Nabila, Wany dipuji peminat
View this post on Instagram
PENYANYI dan pelakon Nabila Razali serta Wany Hasrita tidak ketinggalan tampil membersihkan rumah m4ngsa terjejas di sekitar Sungai Lui, Hulu Langat di Selangor.
Ujar pelantun lagu Peluang Kedua itu, dia Mengakui hatinya terkesan dengan situasi banjir yang melanda beberapa negeri sehingga memusn4hkan kediaman penduduk yang terlibat dengan banjir besar.
Paling malang, ramai dalam kalangan penduduk tinggal sehelai sepinggang ekoran harta benda yang dimiliki gagal diselamatkan.
Nabila turut menyeru masyarakat Malaysia yang mempunyai kudrat untuk menghulurkan bantuan kerana pasukan sukarelawan sangat diperlukan di kawasan bencana ketika ini untuk proses pembersihan.
“Hasil pemerhatian saya di Hulu Langat ialah bantuan pakaian dan air mineral sudah banyak tetapi tenaga daripada pasukan sukarelawan sangat diperlukan ketika ini,” katanya yang dikec4m tervk gara-gara memakai baju putih ketika melakukan kerja pembersihan.
Wawa red4h air
View this post on Instagram
Pelakon Wawa Zainal juga tidak terkecuali turun padang sehingga sanggup mered4h banjir semata-mata untuk memberikan sendiri bantuan kepada m4ngsa banjir walaupun masih lagi dalam proses berpantang selepas bersalin.
Kata Wawa, dia bertindak turun padang bagi menyelami perasaan m4ngsa banjir di samping menyampaikan sumbangan meringankan beban mereka yang dilanda mus1bah tersebut.
“Saya turun padang sebab mahu merasai pengalaman dan tengok sendiri keadaan masyarakat yang ditimpa banjir,” jelasnya.
Kata isteri kepada pelakon Aeril Zafrel itu, penduduk yang terjejas kini mengharapkan bantuan barangan rumah seperti tilam, bantal serta lampin bayi.
“Sekarang mereka memerlukan tilam dan bantal,” ujarnya.
Hakikatnya ramai lagi golongan penghibur turut sama-sama memberikan sumbangan bukan sahaja dalam bentuk barangan, bahkan juga kudrat mereka.
Misi bantuan Erni, Syamel
View this post on Instagram
Tidak mahu melepaskan peluang menabur jasa kepada masyarakat adalah penyanyi Ernie Zakri dan suaminya, Syamel. Ernie yang kini sedang sarat hamil tujuh bulan mengambil ris1ko menaiki lori untuk sama-sama mengharungi misi menghulurkan sumbangan kepada m4ngsa banjir.
Ujar Ernie, dia sudah dilarang suami daripada terlibat, namun tetap ingin mengikuti misi menghulurkan bantuan kepada m4ngsa banjir di beberapa buah lokasi terjejas di sekitar Shah Alam, Selangor.
Tambah penyanyi lagu Boneka itu, niatnya berada di lokasi banjir kerana sifat prihatin dan ingin melihat situasi sebenar yang dilalui oleh golongan terjejas.
Keikhlasan Mark Adam
View this post on Instagram
BIARPUN bukan dilahirkan sebagai seorang warganegara Malaysia, penyanyi kelahiran Filipina, Mark Adam juga tidak ketinggalan menghulurkan sumbangan sekadar termampu untuk m4ngsa banjir.
Kata Mark, pengalaman melalui bencana alam ketika di kampung kelahiran menguatkan keinginan meringankan beban individu lain yang berdepan kesulitan disebabkan banjir.
Difahamkan, Mark dengan bantuan isteri dan guru-guru Suara Academy telah memberikan sumbangan bebentuk barangan keperluan peribadi untuk m4ngsa di Shah Alam.
Sumber : https://www.kosmo.com.my/
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : http://www.sinarviral.com/