Home Petua Tips Netizen Suruh ‘Getback’ Dengan Shila Amzah, Sharnaaz Ahmad Mohon Hormati Keluarga –...

Netizen Suruh ‘Getback’ Dengan Shila Amzah, Sharnaaz Ahmad Mohon Hormati Keluarga – ‘Dia Belum Cer4i Lagi, Masih Pegang Status Isteri’

98
0

Gara-gara memberi kata semangat kepada Shila Amzah yang sedang diambang pencer4ian, rata-rata wargamaya mula mendoakan agar pelakon Sharnaaz Ahmad dan penyanyi tersebut kembali bersama.

Ketika dihubungi, Sharnaaz menyifatkan doa itu tidak sesuai untuk situasi sekarang memandang Shila masih bergelar seorang isteri.

Kata pelakon berumur 37 tahun ini, peminat juga perlu menghorm4ti Shila dan ahli keluarganya.

Doa itu bagus. Tapi rasanya tak sesuai buat masa sekarang untuk mendoakan yang agak mendesak. Sebab Shila masih memegang status isteri.

Shila belum cer4i lagi. Jadi, kena la horm4tikeluarga Shila dan dia juga. Dulu pun kami pernah bertelagah tapi benda dah lama. Masing-masing dah tua pun.

Tambah pemilik nama Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, dia memohon agar semua pihak memberi ruang kepada Shila untuk dia mengharungi dugaan yang menimpa.

Saya punya ‘turn’ dah lepas. Sekarang bagi Shila ruang untuk dia hadapi dugaan ini. Percayalah, setiap dugaan yang Allah bagi, insya-Allah ada ganjaran yang lagi besar selepas ini. Jadi nak taknak, kena hadap.

Strong is only option. I’m build with tank dan saya yakin Shila is build like a tank too.

Dalam pada itu, pelakon drama I Promise Janji Anaqi percaya Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah seorang wanita yang kuat. Tegasnya, apa yang perlu diutamakan sekarang adalah anak, bab rezeki usah risau kerana dia akan datang di kemudian hari.

Dia kuat, insya-Allah dia akan okey. Jangan pedulikan orang luar. Apa yang penting sekarang adalah anak. Yang lain boleh usaha sendiri dengan tulang empat kerat.

Terdahulu, Shila mengejutkan ramai orang apabila mended4hkan dia sudah memfailkan pencer4ian dengan suami, Haris Idraki Elias. Menerusi hantaran di Instagram (IG), Shila berkata sudah dua bulan dia keluar daripada rumahnya di Cyberjaya dan kini menetap di rumah orang tuanya di Hulu Langat.

Shila berkahwin dengan Haris pada 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais, 1, tahun.

Sumber: Instagram @sharnaazahmad

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : http://www.sinarviral.com/

Previous article“Tengah in character,”- Gelagat Jep Sepahtu sakat Dariya Inara buat ramai tertawa
Next articleDah Janji Tapi Takda Nampak Lagi. Ramai Tanya Usahawan Mana Kereta Abang Viva. Ini Penjelasan Sha Hassan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here