GELAGAT seorang kanak-kanak berusia tiga tahun menadah tangan serta terkumat kamit memohon doa selepas dimarahi ibunya menyentuh hati warga maya.
“Doa seorang anak yang teran1aya yang membawa diri merajuk kena marah,” tulis seorang wanita yang juga ibu kanak-kanak berkenaan di media sosialnya.
“Allah, kecil lagi dah tahu nak mengadu pada siapa, mohon bantuan pada siapa… pada Allah juga dipohonnya,” katanya.
Menceritakan kisah di sebalik video tersebut kepada mStar, Siti Zubaidah Abdul Rahim, 42, berkata, anaknya, Ireen Hannalisha sebenarnya ingin membantu dia mengemas kain namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Dia yang masih kepenatan mengemas rumah pada masa itu kemudiannya bertindak memahari anak bongsu daripada tiga beradik itu.
“Saya baru pindah masa tu, macam biasa la saya mengemas, anak saya ni sebenarnya boleh dikatakan ringan tulang, selalu tolong kalau nampak saya sibuk. Tapi hari tu saya dah kemas kain-kain termasuk selimut tu, mungkin dia nak tolong tapi jadi lain.
Video:
“Berkecah (bersepah) habis selimut tu jadi saya marah la, maklumlah dah penat mengemas tak henti-henti.
“Dia merajuk keluar bilik pergi ke ruang tamu, duduk atas tilam pelampung seorang diri,” katanya yang menetap di Kuala Lumpur.
Menurut suri rumah ini, dia keluar untuk memujuk anaknya itu apabila terlihat gelagat comelnya yang sedang berdoa.
“Saya ikut dia sebab niat nak pujuk, tengok-tengok dia menangis kecil dan tadah tangan berdoa, saya tak tahulah dia kumat kamit apa, lagipun dia belum pandai bercakap pun,” katanya.
Ireen Hannalisha bersama ibu dan ayahnya.
Menurut Zubaidah, pada firasatnya, anaknya itu mungkin sedang meniru gayanya yang kadangkala akan menangis sambil berdoa selepas solat.
“Selalu kalau dia nampak saya berdoa sambil menangis dia akan datang pujuk saya, biasanya saya akan jawab ibu rindu opah, ibu nak opah.
“Nanti dia pun tumpang sekaki menangis sama-sama,” katanya.
Ireen Hannalisha bersama ibu dan adik beradiknya yang lain.
Zubaidah bagaimanapun mengakui terkejut serta terharu melihat reaksi anaknya itu.
“Saya sangat terkejut anak sebesar tu belum boleh bercakap sepenuhnya tiru apa yang saya buat, bila sedih mengadu pada Allah SWT.
“Rasa terharu, sedih, bercampur baur,” katanya.
Komen Netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : http://www.sinarviral.com/