TIADA harta yang lebih berharga bagi sesetengah kanak-kanak melainkan bantal busuk mereka.
Usahlah diambil apatah lagi untuk dibasuh, memang panjang la muncung masing-masing.
Perkongsian seorang wanita yang berani mengambil risiko membasuh bantal kesayangan anak asuhannya baru-baru ini menarik perhatian warga net.
“Defini mak mencari g4duh ni,” komen seorang netisen.
wanita terbabit, Noor Azlina Noraini, 37 berkata, bantal busuk yang diberi nama “blue” itu kepunyaan anak asuhannya, Ain Nur Syazana Zailani yang baru berusia lima tahun.
View this post on Instagram
Menurut Noor Azlina, kanak-kanak terbabit yang dijaganya sejak berusia tiga bulan itu begitu teruja untuk pulang dan bermain sehinggakan terlupa untuk membawa pulang bersama bantal busuknya.
“Rumah Ain Nur bawah rumah je, kami duduk flat, bila ibu dia datang ambil, dia betul-betul teruja nak balik main sampai lupa pasal bantal dia.
“Malam tu kira dia tak tidur dengan akak, esoknya akak tanya juga pada ibu dia sama ada dia ada tanya “blue” dia ke tak, ibu dia cakap tak tanya, jadi malam tu apa lagi akak kerjakan la bantal dia,” katanya, sesambil itu dia juga mengambil kesempatan untuk mempromosikan produk pencuci jenama Sahajidah Hai-O yang dijualnya.
Kak Nana bersama abang dan adiknya.
Keesokkan harinya, dia disoal oleh kanak-kanak terbabit yang ternampak bantalnya itu dijemur diluar.
“Dia tanya “mama basuh blue Nana ke?”, untuk sedapkan hati dia akak beritahu “ada lipas di tepi bantal sebab tu mama basuh, lipas tu nak gigit blue Nana”, Ain Nur memang t4kut lipas.
“Ain Nur memang t4kut lipas, muka sed1h sikit, itu pun dia tak puas hati, dia kali nak suruh tidur siang mesti dia tanya dah kering ke belum blue dia?
“Akak usik dia, “tinggal lagi blue dekat rumah mama, mama basuh la, baru wangi, kalau tak basuh nanti lipas datang g1git, lubang-lubang macam mana nak pelvk?” dia pasrah je la bila mama cakap macam tu,” katanya, menambah, bantal tersebut sudah beberapa bulan tidak dibasuh.
Jelasnya, sebelum ini dia pernah membasuh bantal tersebut dengan menggunakan alasan yang sama – “lipas nak g1git”.
Selain Nana, Noor Azlina turut mengasuh abang dan adik Nana yang berusia lapan dan dua tahun.
Katanya, dia sudah mengganggap tiga beradik yang memanggilnya dengan panggilan “mama”, seperti anaknya sendiri.
Noor Azlina dengan kak Nana.
Namun jelasnya, kak Nana yang baru sahaja dapat adik kini kelihatan sedikit sens1tif berbanding dahulu.
“Kak Nana ni anak manja akak, sangat manja sebab akak jaga dia dari umur tiga bulan lagi, sekarang ni dia sangat sens1tif mungkin sebab tu dia sed1h sikit bila bantal dia dibasuh.
“Dia sens1tif tu mungkin sebab dia ada adik, adik suka buli dia tapi dia tak pernah balas atau pvkul, si adik pula asyik nak berkepit dan manja dengan akak jadi dia risau akak tak sayang dia lagi agaknya.
“Setiap kali nak suruh tidur akak akan tepuk-tepuk dia sekarang kena tepuk adik dulu, adik dah tidur baru boleh tepuk dan peluk dia, kalau adik tak tidur nanti adik akan kacau dia,” katanya.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : https://www.sinarviral.kini.blog/